Thursday, December 3, 2020
Homeibu hamilWahai kaum ibu berilah waktu untuk dirimu sendirI

Wahai kaum ibu berilah waktu untuk dirimu sendirI

Beri waktu untuk dirimu sendiri wahai kaum ibu sekalian.

Bila si iblis berbisik di hati ibu….

“Jika kau ingin merosakkan sebuah keluarga, rosakkanlah dulu ibunya!!”

Syaitan-musuh-manusia
Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

Beri dia perasaan akan rasa lelah bertubi yang membuatnya merasa lemah dan habis energi.

Jika dia sudah merasa lelah, ambil rasa syukurnya.

Biarkan dia merasa bahawa hidupnya habis untuk mengurus keluarga dan buatlah dia tidak memiliki apapun, selain lelah yang diperolehinya.

Setelah kau ambil rasa syukurnya, buatlah dia menjadi orang yang tidak percaya diri.

Sibukkan pandangan matanya untuk melihat kebahagiaan orang lain.

Buatlah dia lupa akan kebaikan yang dia miliki.

Buatlah dia merasa kecewa dan tidak berharga.

Jika itu sudah terjadi, ambillah juga sabarnya.

Gaduhkan hatinya agar dia merasa ada banyak hal yang berantakan dalam rumahnya.

Buatlah dia merasa betapa banyak masalah yang ditimbulkan daripada anak dan juga suaminya.

Goda lisannya untuk berkata kasar,
hingga nanti anak-anak mencontohinya dan tak menghargainya lagi, lalu bertambahlah kemarahan demi kemarahan, hilanglah aura syurga dalam rumah.

Dan kau akan menemukan perlahan, rumah itu rosak dari pintu seorang IBU.

Lelah yang tidak selesai menjadi tempat masuknya syaitan,

BACA JUGA  My FB POST

Ia mengambil bahagiamu, mengambil sabar dan syukurmu wahai ibu.

Bertabahlah-kaum-ibu
Bertabahlah kaum ibu

 

Astaghfirullah…Wahai IBU sekalian

More info: ATASI BISIKAN SYAITAN

BACA JUGA  Jadilah Orang Yang Bahagia dan Membahagiakan.

Jangan biarkan syaitan mengambil itu.

Jika kau lelah, rehatlah.

Jika kau lelah, berbagilah.

Sungguh tak ada satupun yang akan membiarkanmu merasa sakit sendiri, jika kau pandai menghargai dirimu.

Ringankan tugasmu ibu.

Jangan menekan dirimu terlalu keras.

Sesekali tidak mengapa rumahmu kotor.

Tidak mengapa betapa banyaknya pekerjaan yang belum kau selesaikan.

Jangan terjebak dalam waktumu, ibu.

Sungguh tugas muliamu jauh lebih penting dari sekadar rutin yang kau lakukan setiap hari.

Rehatlah,
Walaupun tak mungkin kau tempuh jarak puluhan kilometer untuk segarkan diri.

Sekadar menyendiri, menyendirilah.

Beri waktu untuk dirimu sendiri.

Sekadar melihat betapa banyak kebaikan yang kau punya.

Betapa manisnya keceriaan anak-anakmu.

Betapa bertanggungjawabnya suamimu.

Rasakan pelukannya.

Ada cinta dan ketulusanmu dalam tegap badannya.

Kau berharga ibu, jangan pernah lupakan itu.

Hargai-diri-sendiri
Hargai dan sayangilah diri sendiri

Tetapi, saat mendengar masalah orang lain,kita semakin sedar bahawa perspektif kita menentukan cara pandang kita terhadap masalah.

Jika kita melihat perkara ini sebagai beban, maka kita hanya akan sampai pada titik lelah.

Jika kita memandang diri hanya sebatas pelaku rutin biasa, kita tidak akan menemukan rohnya.

Berilah penghargaan kepada diri kamu, ibu.

BACA JUGA  MOTIVASI: HIDUP MEMERLUKAN PERUBAHAN

Sungguh perananmu jauh lebih besar dari semua keluhanmu.

Jangan biarkan syaitan merosak bahagia dengan mengambil rasa SABAR dan SYUKURMU kerana dari bahagiamu, tercipta ketahanan sebuah keluarga

BACA JUGA  15 NASIHAT UNTUK YANG DAH BERUMUR 50 TAHUN

Baarakallahu fiikum…

Selamat menjemput syurga dalam aktiviti sebagai Ibu dan Isteri yang HEBAT.

Selalu ada BAHAGIA di segala cuaca.

Renungan untuk para ibu solehah…

Syurga-tempatku
Alhamdulullah Syurga tempatku, aamiin

 

Hasil Nukilan dari NOBODY. Tapi cukup untuk menyedarkan ibu-ibu sekalian untuk mengharungi kehidupan seharian. Untuk renungan kita bersama. Muhasabah Diri

Most Popular

Kelesuan Adrenal: Punca dan Cara Atasi

Adrenal fatigue?Kelesuan Adrenal? Pernah dengar tak tentang perkataan tu? Mungkin anda juga mengalaminya tapi tak tahu itu adalah masalah kelesuan Adrenal kan.Jom kita ikuti sedikit rumusan...

Vitamin untuk keperluan badan

Assalamualaikum semua. Salam Jumaat penuh barokah. Topik kita hari ini adalah...Mengapa Vitamin penting untuk keperluan badan Sedikit perkongsian ilmu vitamin asas saya share untuk korang...

Formula Menjemput Rezeki

Formula Menjemput Rezeki : (copy & paste) 1. DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha...

Pengalaman bersalin di Hospital Shah Alam 2020

Kahwin di usia yang lewat Che Fatin mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan keluarga di usia 29 tahun. Masa tu masih berkhidmat di Sabah Negeri Di...