TIPS ATASI MASALAH SENGGUGUT

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram



SENGGUGUT SEMASA HAID DAN CARA ATASINYA

Kebanyakan remaja perempuan dan kaum wanita akan merasai senggugut ketika datangnya haid.
Adakah ia perkara yang biasa? Boleh diatasi atau tidak? 
 

Apakah yang dimaksudkan dengan senggugut?

Senggugut atau dikenali juga sebagai Premenstrual Dysphoric Disorder/Dysmenorhoea merupakan sakit yang biasa timbul dengan kedatangan haid bagi seorang wanita. Senggugut dibahagikan kepada senggugut utama dan senggugut kedua.
 
  1. senggugut utama atau primer– disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh badan yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa dan kuat. Senggugut utama biasanya berlaku kepada wanita remaja yang belum berkahwin. Ia akan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.
  2. senggugut sekunder – disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut, atau mengalami jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang pada usia yang lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan haid.
Dianggarkan 80% wanita mengalami simpton senggugut atau disebut sebagai PMS. Kebiasaannya simpton berlaku sebelum  2 minggu kedatangan haid. Ianya akan hilang sebelum atau selepas haid keluar. Tahu tak, sakit yang dirasai ketika senggugut adalah disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat. Proses tersebut berlaku untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu dari selaput endometrium. Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit.
 

Apakah simpton senggugut:

  1. murung
  2. kembung perut
  3. kejang perut
  4. payu dara bengkak dan sensitif
  5. ketegangan atau kebimbangan (anxiety)
  6. masalah tidur (insomnia)
  7. sakit sendi atau otot
  8. pening kepala
  9. lesu
  10. tumbuh jerawat
  11. hayunan perasaan (mood swings)
 

Info: KEBAIKAN VITAMIN E KEPADA KESIHATAN


Petua tangani masalah senggugut:

  1. ambil makanan yang rendah lemak, tinggi protein dan serat. Pilih nutrien yang betul.
  2. kurangkan pengambilan gula, alkohol dan kopi. Lebihkan minum air putih terutama air suam.
  3. jangan merokok.
  4. rehat dengan secukupnya.
  5. tuam/tungku perut.
  6. senaman.
  7. urus tekanan dengan baik.
  8. ada kalanya pengambilan ubat dapat membantu. Rujuklah doktor.


Kebanyakan wanita mengalami senggugut kategori primer. Ia adalah normal. tapi berhati-hati bagi mereka yang mengalami masalah senggugut kategori sekunder kerana ia mungkin berkaitan dengan masalah reproduksi, kanser rahim dan jangkitan di bahagian pelvik. Contoh-contoh masalah organ Reproduksi adalah :

Endometriosis
: Satu keadaan di mana tisu-tisu endometrial ditemui di lain-lain bahagian badan seperti ovari dan tiub fallopio. Wanita yang menghidap endometriosis kadang-kadang mengalami dismenorea yang amat teruk. Ia boleh berlaku setiap kali mereka period. Endometriosis terjadi apabila sebilangan kecil tisu yang menyerupai uterus tumbuh dalam struktur lain pada tubuh. Ia merupakan sel yang serupa dengan yang terdapat dalam dinding rahim dijumpai pada bahagian organ reproduksi yang lain seperti ovari dan usus dan Adenomyosis iaitu tisu yang sama tumbuh di dalam otot rahim. Sakit yang disebabkan kedua masalah ini selalunya bermula 1-2 hari apabila pendarahan bermula dan berterusan selepas haid.

Fibroid : Tumor atau ketumbuhan yang terbentuk sama ada di luar, dalam atau pada dinding uterus. Ketumbuhan pada ruang pelvis termasuklah seperti ovarian cyst atau masalah polip yang boleh menyebabkan sengugut.

BACA JUGA  TENAGA BERKEKALAN DENGAN SHAKLEE

Pelvik : Jangkitan pada uterus, tiub fallopio atau ovari. Jangkitan kuman pada organ reproduksi yang boleh memberikan rasa sakit sengugut terutama yang tersebar melalui hubungan seks.


cara-mengatasi-senggugut
Cara Atasi Senggugut

 

Bolehkah senggugut ini dicegah?

 

1.Perbaiki diet : 

Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
 

 

2.Kurangkan garam.

 

3.Variasikan pilihan minuman:

Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum haid datang.

4. Kekal aktif.

Teruskan dengan aktiviti harian dan kekal cergas semasa anda didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Anda boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.

 

 

5.Berhenti merokok

 

6.Tenangkan fikiran. 

Belajar untuk meditasi. Anda juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.

 

 

7.Ambil pil penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan. 

Kebanyakan pil penahan sakit boleh didapati di kebanyakan farmasi. Pastikan makan sesuatu sebelum mengambil pil penahan sakit. 
 

8.Tuam perut. 

Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.

Sekiranya senggugut anda tidak dapat dikurangkan dengan mengambil ubat penahan sakit, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan. Pemeriksaan faraj dan ujian ultrasounds akan dilakukan untuk mengetahui sebab kenapa senggugut terjadi. Jika perlu, mungkin prosedur laparoskopi dijalankan bagi mengesan masalah sistem reproduksi.

9.Ambil Vitamin Tambahan. 

Ambil Vitamin B dan E. Juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet anda. Beritahu doktor anda sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan anda yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.

Bagaimana Set Senggugut Shaklee ini bertindak?

 
set-senggugut-shaklee
Set Senggugut Shaklee
 

1. Shaklee GLA Complex

Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi. Wanita yang menghadapi masalah senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan simptom senggugut. Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makan makanan manis-manis.

2. Shaklee Ostematrix

Wanita yang mengambil kalsium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut. Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan mengalami pelbagai simptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta simptom-simptom yang lain
Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.

3. Shaklee B-complex

Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.

  • Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
  • Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
  • Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
  • Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan.

 

TESTIMONI 1

Dari Puan Nazia:
TESTIMONI SET SENGGUGUT
selepas konsisten selama 6 bulan
 

 

  • Bulan pertama
Disebabkan beberapa kekangan, saya cuma dapat ambl B-COMPLEX & GLA. Nasib baik Shaklee ni mampu milik. Masih ada set bajet sekiranya tak mampu. Ada perubahan dalam simptom PMS pada tahap ni. Contoh, kemurungan, sakit kepala, cepat marah, keletihan & payudara mudah sakit jika tersentuh.
 

 

  • Bulan Ke-2
saya add up on OSTEMATRIX. Kali ni, sakit senggugut di hari pertama period masih ada. Terutamanya di bahagian belakang. Tapi ianya reda sejurus selepas pengambilan OSTEMATRIX. Oste boleh membantu dalam menenangkan otot. Secara automatik akan rasa tenang dan ianya juga bantu melancarkan darah haid.
 

 

  • Bulan Ke-3
Tahap ni saya mula ambil set lengkap untuk set senggugut (B-Complex, GLA, Ostematrix). Bulan ni Sakit senggugut hanya berlaku sehari iaitu pada hari pertama haid tapi ia reda selepas pengambilan Ostematrix. Namun, masih ada satu lagi masalah. PMS seperti muntah-muntah, pitam, perut memulas seakan sembelit. Keadaan seperti ni selalunya disebabkan angin dalam badan. Wanita yang berada dalam keadaan haid lebih mudah terdedah kepada angin masuk dalam  badan. Saya mengambil keputusan untuk add on Peppermint Ginger Plus untuk masalah ni..
 

 

  • Bulan Ke-4
Alhamdulilah…
Gabungan 4 supplement ni (B-Complex, GLA, Ostematrix & Peppermint Ginger Plus) menyelesaikan masalah senggugut yang menghantui saya selama 9 tahun. Kini saya tidur lebih lena tanpa diganggu sakit senggugut di malam hari.


#shakleeeffect
#setsenggugut

TESTIMONI 2

 

testimoni-senggugut
Testimoni Senggugut dan GLA Complex



TESTIMONI 3

Testimoni Senggugut dan Ostematrix
 
 

TESTIMONI 4

Testimoni Senggugut dan GLA

Jika perlukan produk shaklee boleh la hubungi saya Fatin Hamzah, Pengedar Shaklee Meru Klang di talian 0175438337 atau klik je direct link wasap yang berikut:

Http://fatinhamzah.wasap.my

 

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

1 thought on “TIPS ATASI MASALAH SENGGUGUT”

Leave a Comment

Related Posts