Bijak_menangani_bayi_meragam

Sindrom bayi tergoncang

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Apakah Sindrom Bayi Tergoncang?

Sindrom apakah ini? Ia adalah sindrom  kecederaan otak yang berlaku akibat bayi digoncang dengan kuat. Kecederaan otak yang dialami bukan sahaja menghasilkan impak jangka panjang yang mungkin akan menyebabkan kecacatan pada bayi malah ia juga boleh membunuh bayi berkenaan.

 

Bayi tergoncang boleh menyebabkan kematian?

Otot leher bayi belum berkembang dengan baik dan tidak berupaya untuk menyokong kepala bayi yang agak berat. Berat kepala bayi adalah satu per empat iaitu 25% daripada berat badan bayi. Otak bayi pula adalah bersaiz jauh lebih kecil dari tengkoraknya. Manakala salur darah dan tisu otak bayi masih lembut dan rapuh.

Perbuatan menggoncang menyebabkan kepala bayi terhayun dan mampu membuatkan otak bayi bergoyang dengan kuat di dalam ruang tengkorak. Pergerakan yang kuat ini menyebabkan salur-salur darah di dalam kepala bayi dan tisu otak terkoyak dan menyebabkan pendarahan.

Kecederaan ini akan menjadi bertambah buruk apabila goncangan bayi diikuti dengan pergerakan hentakan tubuh bayi sama ada ke lantai, dinding atau atas tilam.

Sindrom_bayi_tergoncang
Sindrom bayi tergoncang

Kesan awal akibat pendarahan atau kecederaan

  1. Bayi mudah meragam atau meradang.
  2. Sawan.
  3. Kaki dan tangan mengalami kekejangan.
  4. Bayi tidak bermaya dan kurang bertindak balas.
  5. Tahap kesedaran bayi menurun.
  6. Muntah dan tidak mahu makan.
  7. Pendarahan yang teruk boleh menyebabkan kematian akibat terhentinya pernafasan dan denyutan jantung.
BACA JUGA  8 sebab anda perlu memilih ESP sebagai minuman kesihatan
Kesan jangka panjang akibat kerosakan otak.
  1. Masalah pembelajaran.
  2. Lumpuh.
  3. Masalah penglihatan atau buta.
  4. Masalah pendengaran.
  5. Masalah cerebral palsy.
  6. Masalah tingkah laku.
  7. Sawan berterusan.
  8. Kematian.
Siapa yang berisiko?

Bayi yang berumur 0-9 bulan merupakan golongan yang amat terdedah kepada sindrom bayi tergoncang. Walaubagaimanapun, terdapat juga kes yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 1 – 4 tahun.

 

Perbuatan menggoncang bayi dengan kuat boleh berlaku dalam keadaan-keadaan berikut:

  1. apabila anak atau bayi tidak berhenti menangis menyebabkan orang yang menjaga anak atau baui tersebut berada dalam keadaan kecewa, marah, stress lalu menggoncang bayi tersebut dengan kuat.
  2. Penjaga bayi atau kanak-kanak hilang pertimbangan dan mudah bertindak ganas di bawah pengaruh dadah, alkohol mahupun ada masalah kewangan.
Jangan menggoncang bayi anda

Bayi meragam, menangis mahupun memberontak itu adalah perkara biasa. Ianya mungkin disebabkan bayi merasa lapar, kembung perut, demam atau merasa tidak selesa.

Setiap penjaga bayi harus bersabar dan tenang dalam mengendalikan bayi. Dapatkan rehat yang secukupnya, amalkan pemakanan seimbang dan belajarlah cara menangani stress dengan bijak.

Bijak_menangani_bayi_meragam
Penjaga perlu bijak menangani bayi meragam supaya tidak stress

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil bagi menghentikan tangisan bayi.

  1. Memastikan bayi tidak lapar dan berada dalam keadaan tidak selesa seperti lampin basah.
  2. Memastikan bayi tidak sakit contohnya demam, bengkak gusi atau kembung perut.
  3. Menghayun bayi secara perlahan atau berjalan perlahan-lahan sambil mendukung bayi.
  4. Menyanyi atau bercakap secara suara yang perlahan.
  5. Menggunakan permainan yang mengeluarkan bunyi agar menarik perhatian bayi.
  6. Membawa bayi berjalan-jalan di dalam kerusi tolak.
  7. Meletakkan bayi di kerusi keselamatan dan bawa bayi berjalan-jalan di dalam kereta.
  8. Mendakap bayi sambil bernafas secara tenang dan perlahan-lahan.
  9. Elakkan membuai bayi dalam keadaan marah kerana ianya mungkin mendorong anda membuai dalam keadaan kasar dan kuat.
  10. Sekiranya anda keletihan, minta bantuan seseorang menjaga bayi anda sementara anda berehat seketika.
  11. Sekiranya tiada satu pun cara di atas berkesan, tinggalkan seketika bayi anda di dalam katil bayi, tenangkan diri anda, kemudian tengok bayi semula selepas 5 minit.
  12. Dapatkan nasihat doktor sekiranya bayi anda kerap menangis untuk jangka masa yang panjang.
BACA JUGA  Collagen Powder Shaklee

Info kredit kepada: UNIT PROMOSI KESIHATAN, JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR

http://www.myhealth.gov.my

http://www.infosihat.gov.my

 

Fatin Hamzah

Pengedar Shaklee Meru Klang

 

 

 

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

2 thoughts on “Sindrom bayi tergoncang”

Leave a Comment

Related Posts