Tempahan Dewan

SEJARAH DEAZNA CONFERENCE CENTRE & BANQUET TERBINA

0
 

Pengasas Deazna Conference Centre & Banquet @ Velvet Gallery @ Deazna Wedding Planner @ Dazna Collection @ DeAzna Hotel.

                                  

Deazna conference centre & banquet di asaskan oleh bumiputera iaitu Tuan Azmi Bin MatJusoh dan Puan Nazatul Adha Bt. Mohd Nasir
 
Tuan Azmi yang berkejaya sebagai seorang penjawat awam bersama isterinya Puan Nazatul telah menceburi bidang perniagaan selama 27 tahun.
 
MEREKA SAHUT CABARAN DAN KELUAR DARI ZON SELESA KERANA INGIN MENAIK TARAF KEHIDUPAN SERTA MINAT YANG MENDALAM DALAM BIDANG PERNIAGAAN
 
Mula menceburi bidang perniagaan pada tahun 1990. Perniagaan pertama ini ialah Butik muslimah(baju-baju wanita) yang bernama DEAZNA COLLECTION yang bertempat di kedai lalat.
 
Perniagaan yang Ke dua pula di naik taraf setapak menjadi DEAZNA ENTERPRISE yang juga bertempat di kedai lalat,perniagaannya di tambah dengan alat-alat jahitan(pada tahun 1992).
 
Manakala perniagaan ke tiga pula ialah DEAZNA WEDDING PLANNER ialah pada tahun 1995 yang berlokasi di kedai lalat dan juga Kota Bharu di tambah lagi dengan alat-alat pengantin,perabot dan juga accessory.
 
Seterusnya Deazna Wedding Planner berpindah ke sini iaitu pengkalan petah Tawang Bachok pada tahun 2009. Dengan usaha dan semangat yang membara wujud pula Velvet Gallerypada tahun 2013.
 
Mengorak langkah demi langkah dengan penuh minat dan semangat yang membara serta rasa kasih pada keluarga dan Isteri, Tuan Azmi telah meletak jawatan sebagai Penjawat Awam untuk terus fokus pada perniagaan dengan sepenuh masa sehingga terbinanya DEAZNA CONFERENCE CENTRE & BANQUET.

 

Yang paling di kagumi pada kisah perniagaan Tuan Azmi dan Puan Nazatul ialah beliau tidak menggunakan sebarang pembiayaan perniagaan ataupun pinjaman bank dari mana-mana institusi kewangan. Segala perniagaan di usahakan dengan kudrat,modal sendiri atau apa sahaja yang ada di tangan.
 
Kini DEAZNA CONFERENCE CENTRE & BANQUET menerima tempahan dewan dari pelbagai jenis majlis seperti majlis perkahwinan lengkap,majlis hari jadi,majlis perpisahan dan program-program seminar atau kursus serta lain-lain majlis lagi.
 
Syabbas dan ribuan tahniah di ucapkan kepada Tuan Azmi dan Puan Nazatul. Semoga Kisah ini menjadi Role Model dan panduan kepada bumiputera kelantan dan juga generasi yang akan datang.
INSYA ALLAH……
 

DEAZNA HOTEL,BACHOK

Previous article

Vitamin Shaklee Meru,Kapar Dan Setia Alam

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *