Friday, July 30, 2021
HomesedekahSedekah itu satu rezeki dan amalan yang kekal selepas kematian

Sedekah itu satu rezeki dan amalan yang kekal selepas kematian

Assalamualaikum. Selamat pagi semua.
Isnin 18/01/2021
.

“Sedekah itu satu rezeki dan amalan yang kekal selepas kematian”.

Maksudnya apabila kita telah meninggal dunia, amalan bersedekah itu boleh dibawa dan menemani kita kelak. Bersedekah itu merupakan satu rezeki jugak.

Ada 8 jenis rezeki yang diberikan oleh Allah swt, iaitu:
1. Rezeki yang telah dijamin
2. Rezeki kerana usaha
3. Rezeki kerana bersyukur
4. Rezeki tak terduga
5. Rezeki kerana istighfar
6. Rezeki kerana bernikah
7. Rezeki kerana anak
8. Rezeki kerana sedekah
.
Dari Abi Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda “apabila sesorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara iaitu”:

1. Sedekah jariah
2. Ilmu yang dimanfaatkan
3. Anak soleh yang mendoakannya.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BERSEDEKAH?

Sedekah sebenarnya mempunyai maksud yang cukup luas dalam Islam. Secara mudahnya, ia boleh didefinisikan sebagai pemberian oleh seseorang kepada orang lain yang memerlukan dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. sama ada pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, sanak-saudara, mahupun untuk kepentingan fi sabilillah (sumber: https://www.mais.gov.my/sedekah/)

DALIL PENSYARIATAN SEDEKAH

Al-Quran

Firman Allah SWT:

إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Yang bermaksud: “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah: 271)

(sumber: https://www.mais.gov.my/sedekah/)

KELEBIHAN BERSEDEKAH

1. Allah SWT memuliakan orang yang bersedekah.

2. Sedekah dapat menghapuskan dosa

3. Allah melipatgandakan pahala kepada orang yang bersedekah.

4. Harta orang yang suka bersedekah tidak akan berkurang.

5. Orang yang bersedekah akan mendapatkan naungan di hari akhirat.

6. Terdapat pintu syurga yang hanya akan dapat dimasuki oleh orang yang bersedekah

7. Sedekah menjauhkan seseorang dari api neraka

(sumber: https://www.mais.gov.my/sedekah/)

BAGAIMANA JIKA ORANG MISKIN INGIN BERSEDEKAH

Umat Islam tidak kira kaya atau miskin digalakkan bersedekah mengikut kemampuannya. Bagaimanapun, orang miskin yang bermurah hati hendak bersedekah, bersedekahlah ala kadar, asalkan tidak menyusahkan diri sendiri dan orang yang menjadi tanggungannya. Selepas itu, kalau ada yang berlebih daripada yang diperlukannya, barulah boleh disedekahkan sebahagian daripadanya kepada orang lain. Hal ini diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang daripada kamu dalam keadaan miskin (dan dia hendak bersedekah), maka hendaklah dia terlebih dahulu mengutamakan keperluan dirinya sendiri. Kalau ada yang berlebih, hendaklah disedekahkan kepada anak isteri dan orang yang ditanggung nafkahnya. Kalau ada juga yang berlebih, hendaklah disedekahkan kepada kerabatnya (atau kepada orang yang ada pertalian kerabat dengannya). Kalau ada juga yang berlebih, maka hendaklah disedekahkan kepada orang lain yang memerlukan bantuan, yang ada di sana sini.” (Riwayat Ahmad)

(sumber: https://www.mais.gov.my/sedekah/)

JOM BERSEDEKAH

Dikongsikan tiga cara Sedekah yang mudah untuk dilakukan.

  1. Sedekah Subuh

Sebaik-baik sedekah adalah pada waktu Subuh. Macam mana nak cari orang di waktu Subuh? Cara yang paling senang adalah, setelah selesai Solat Subuh kita masukkan dalam tabung dan niat untuk bersedekah. Bila ada waktu kelapangan hantarlah kepada yang memerlukan.

Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud “Ya Allah, gantikan yang lebih baik bagi orang-orang yang berinfaq di Subuh hari”

2. Senyum itu satu sedekah.

Senyum adalah sedekah

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

«تَبَسُّمُكَ فِي وَجْهِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ»

“Senyummu di depan saudaramu, adalah sedekah bagimu” (Sahih, H.R. Tirmidzi no. 1956)

 

Senyum adalah kebajikan

Rasulullah pernah bersabda, diriwayatkan dalam Hadits Riwayat Muslim, yang berbunyi:

«لَا تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا، وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ»

“Janganlah engkau meremehkan kebaikan sedikitpun, meskipun hanya dengan bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang berseri”. (H.R. Muslim no 2626)

 

Rasulullah tersenyum kepada para sahabat

Kemudian apabila kita sering tersenyum, boleh jadi kita sedang menjalankan salah satu Sunnah Rasul. Kerana Rasulullah SAW suka sekali tersenyum. Sebagaimana Jarir bin Abdillah menceritakan:

مَا رَآنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُنْذُ أَسلَمْتُ إِلَّا تَبَّسَم فِي وَجْهِي

“Rasulullah tidak pernah melihatku sejak aku masuk Islam, kecuali beliau tersenyum”. (Sahih, H.R. Bukhari no. 250)

 

Menjadi saranan berbuat baik kepada manusia

Rasulullah SAW bersabda;

“Kamu tidak akan mampu berbuat baik kepada semua manusia dengan hartamu, maka hendaknya kebaikanmu sampai kepada mereka dengan keceriaan (pada) wajahmu.” (H.R. al-Hakim (1/212)

 

Membuat orang lain bahagia

Dengan tersenyum, kita secara tidak sedar memberikan tenaga positif kepada orang yang menerima senyuman kita. Sebagaimana yang dipaparkan dalam kitab Tuhfatul Ahwadzi yang berbunyi:

Menampakkan wajah manis di hadapan seorang muslim akan menyebabkan hatinya merasa senang dan bahagia, dan melakukan perbuatan yang menyebabkan bahagianya hati seorang muslim adalah suatu kebaikan dan keutamaan. 

Jelas sekali ada terlampau banyak kebaikan yang kita akan perolehi hanya dengan mengukir sebuah senyuman di wajah. Jika kita boleh tersenyum saat berswafoto, apa kata mulai hari ini kita perbanyakkan senyuman dalam kehidupan seharian kita. Senyum-senyum selalu.

(Sumber : www.dalamislam.com)

3. Sedekah melalui badan-badan NGO yang diyakini. Boleh transfer online jer. Sekarang semua di hujung jari kan. Bila terniat untuk bersedekah, jangan bertangguh, segerakanlah. Di antaranya:

Islamic relief Malaysia https://islamic-relief.org.my/

Islamic Relief is an independent international humanitarian aid and development organisation founded in the United Kingdom in 1984 by a group of concerned postgraduate students. With an active presence in over 45 countries across the globe, we strive to make the world a better and fairer place for the people still living in poverty. Until now, Islamic Relief has assisted more than 120 million people. The scope of Islamic Relief assistance covers emergency assistance, integrated sustainable development, disaster risk reduction and advocacy. YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad officiated the establishment of Islamic Relief Malaysia in 2005, aspiring to continue Islamic Relief humanitarian assistance in the Asia-Pacific region. Currently, Islamic Relief Malaysia serves as a fundraising and project implementor for international and local.​

Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim https://www.serantaumuslim.org.my/

Serantau Muslim atau nama lamanya South East Asian Regional Assembly of Muslim Youth (SARMY) adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) berdaftar melalui surat Ikatan Amanah pada 11 November 2010.

Kemudian, pada 14 Julai 2015, Serantau Muslim didaftarkan semula dibawah Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan nama Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim) dengan nombor pendaftaran PPM-033-10-14072015.

Serantau Muslim yang membawa slogan Persaudaraan Rentas Sempadan telah bergiat aktif untuk membawa visi dan misi menerajui perhubungan Umat Islam Serantau Asia serta mempererat persaudaraan Islam khususnya membela nasib Muslim Minoriti di Serantau Asia khususnya melalui bantuan kemanusiaan, kerjasama ekonomi, pembangunan pendidikan serta pengembangan bakat kepimpinan.

Muslim Care Global https://www.muslimcareglobal.com/sumbangan-online/

Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia (Muslim Care Global) atau mudah dikenali sebagai MCG adalah satu badan NGO yang mengumpul bantuan atau derma daripada orang ramai untuk disampaikan kepada bantuan pendidikan, wakaf pembangunan, korban & akikah, bantuan Ramadan serta bantuan kebajikan bagi kawasan-kawasan yang memerlukan!.

Pertubuhan Kasih Umat Malaysia Ebit Liew 

Ebit Lew terkenal kerana kadangkala menjalani aktiviti-aktiviti sumbangan dan kebajikan berskala besar. Ketika gelombang baharu pandemik COVID-19 di Malaysia pada akhir Oktober 2020, Ebit Lew telah menyumbang peralatan perubatan penting bagi kegunaan para pegawai perubatan di Sabah yang terjejas teruk oleh gelombang tersebut pada masa itu yang dihantar dengan sebuah kapal terbang Raya Airlines yang ditempah. Seminggu kemudian, Ebit Lew juga menghantar bekalan makanan sebanyak kira-kira 10 tan daripada kedainya, Elewsmart bagi penduduk Sabah.

ebit-liew
pertubuhan kasih umat malaysia

MATAN Center http://matancentre.com/

‘MATAN CENTRE merupakan sebuah institusi pendidikan Al-Quran yang diasaskan oleh Ustaz Ahmad Dusuki bin Abd Rani. Kami menumpukan bidang hafazan Al-Quran sebagai bidang utama dengan penambahan pendidikan Agama yang lain. Pusat tahfiz ini dibina berasaskan kepada kewajipan menuntut ilmu, dimana ilmu adalah penting agar setiap ibadah yang dilakukan memenuhi matlamat yang sempurna.’

matan-center
Matan Center Membina Generasi Al Quran

SUMBANGAN DAN WAQAF PEMBANGUNAN SURAU TMN DESA PERMAI 3 MERU KLANG

surautdp3.com

Surau Al-Muhaimin merupakan sebuah pusat Ilmu dan Ibadah komuniti Islam bagi penduduk Taman Desa Permai 3 dan kawasan sekitarnya yang sangat komited dan berdaya saing dalam memelihara dan menegakkan syiar Islam. Selain untuk menunaikan solat dan beribadat, surau al muhaimin juga akan menjadi pusat komuniti Islam yang berdaya maju dan komprehensif dalam mempromosikan Islam dengan cara hidup berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.

sumbangan-pembinaan-surau-tdp3-meru-klang
sumbangan pembinaan surau tdp3 meru klang

 

Disclaimer: Penulisan kali ini adalah rujukan daripada website yang tertera.

Moga perkongsian pada kali ini bermanfaat untuk semua. aamiin.

wasalam.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular