Hati_berlemak_hati_normal

Punca, Simptom dan Penyelesaian Hati Berlemak

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Penyebab dan Bahaya Hati berlemak: Fungsi Hati

Hati adalah organ kedua dalam tubuh. Fungsi hati adalah memproses apa yang kita makan atau minum dan akan menapis keluar segala unsur berbahaya dari darah.

 

Proses ini akan terganggu sekiranya banyak lemak terkumpul dalam hati. Biasanya, hati akan membuat pemulihan sendiri dengan menghasilkan sel-sel hati baru menggantikan yang lama. Jika kerosakan berulang-ulang, ia akan meninggalkan kesan teruk yang dipanggil sirosis (cirrhosis).

 

Hati_berlemak_hati_normal
Hati berlemak dan Hati Normal

 

Kesan kerosakan hati termasuklah muntah darah, bengkak anggota tubuh, lemah badan, mudah lebam dan hepatitis hingga peringkat yang boleh membawa maut seperti kanser hati.

 

Oleh itu, kita perlu segera mengetahui punca, simptom dan penyelesaian untuk mengelakkan fungsi hati terjejas dan merosakkan tubuh.

 

Apakah Punca Penyebab Masalah Hati Berlemak?

Biasanya, punca kepada masalah hati berlemak atau dipanggil fatty liver di Malaysia adalah disebabkan oleh obesiti dan kencing manis (diabetes). Selain itu punca lain termasuklah:

  1. Masalah kebuluran atau kurang gizi makanan.
  2. Kurang zat protein (protein malnutrition)
  3. Terlalu banyak makan makanan yang berlemak tinggi
  4. Pembedahan pintasan usus untuk masalah obesiti
  5. Kehilangan berat yang sangat cepat
  6. Kencing manis
  7. hyperlipidemia (peningkatan jumlah lipid dalam darah)
  8. Rintangan insulin dan tekanan darah tinggi.
  9. Faktor genetik atau  keturunan.
  10. Tabiat minuman keras  atau beralkohol tanpa kawalan.
  11. Kesan sampingan penggunaan ubat dan bahan kimia.
BACA JUGA  Atasi Masalah Fibroid dan Cyst
Punca_hati_berlemak
Punca hati berlemak (fatty liver cause)

Simptom Penyakit Hati Berlemak

Secara amnya, individu yang mengalami masalah hati berlemak tidak  menunjukkan sebarang tanda yang jelas.

Namun, mungkin beberapa simptom ini boleh membantu:

  1. Berasa tak selesa di perut terutama bahagian atas tubuh selari dengan hati.
  2. Rasa letih dan tak bermaya atau tidak sedap badan seperti mahu demam.
  3. Fattyliver juga sangat berisiko untuk mereka yang terlebih berat badan atau obesiti. Apatah lagi yang sudah disahkan mengidap kencing manis.

Justeru, mereka yang tergolong dalam  kategori di atas,perlu mengambil lebih langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan masalah hati berlemak ini.

Simptom_hati_berlemak
Simptom hati berlemak
Penyelesaian Hati Berlemak dan Kekalkan Kesihatan Hati Secara Semulajadi

Hakikatnya, penyakit hati berlemak ini boleh dielakkan dengan mengamalkan cara hidup sihat dan pemakanan yang seimbang.

  1.  Bersenam. Sekiranya kita mengalami obesiti, cuba luangkan masa untuk bersenam selama 30 minit sehari. Alangkah baiknya jika dapat turunkan berat badan secara sihat. Jangan terlalu drastik. Biar konsisten.
  2. Elakkan makanan tinggi lemak dan berkolestrol tinggi. Jika kita berisiko atau mengidap kencing manis, maka kawallah pengambilan gula dalam diet harian.
  3. Mengambil Makanan Hati yang disyorkan.
  4. Diet untuk Makanan Hati
  5. Pengambilan supplemen yang berikut sebagai langkah pencegahan.
Jenis_hati_berlemak
Jenis-jenis hati berlemak

 

DTX Complex, Nutriferon dan Vivix sebagai Perisai Lengkap Tubuh!

 

DTX Complex

Ramuan utama DTX Complex adalah ekstrak dari biji benih pokok milk thistle. Memberi sokongan kepada tubuh dengan menghasilkan protein untuk membantu menjana semula sel-sel hati.

BACA JUGA  Berpantang dengan vivix: Luka cepat sembuh dan badan cepat pulih

Selain itu, DTX Complex ini diperkaya dengan Ekstrak Schizandra (keluarga beri), Cendawan Reishi (herba yang tinggi antioksidan), kunyit, dandelion serta articok (herba membantu kesihtan hempedu).

 

Nutriferon

Nutriferon adalah produk yang telah mendapat hak untuk dipatenkan ekslusif untuk Shaklee. Ia berpotensi meningkatkan paras interferon untuk menguatkan sistem imun tubuh bagi melindungi dari serangan patogen seperti virus, parasit, sel kanser dan unsur-unsur lain.

Nutriferon dihasilkan daripada 4 bahan utama secara botani iaitu:

  1. Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata) yang mendorong pengeluaran interferon
  2. Ektrak biji  Plantago (Plantage Asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun
  3. Ekstrak bunga Safflower (Carthamustinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih
  4. Ekstrak kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan secara meluas dalam dunia perubatan terutamanya di asia.

VIVIX SHAKLEE

KLIK sini untuk info lanjut berkaitan VIVIX

1. SEPULUH Manfaat vivix shaklee

2. VIVIX pilihan ramai.

3. VIVIX minuman kesihatan terbaik

Suplemen_hati_sihat
Set Hati Sihat untuk Atasi Masalah Hati Berlemak

 

Mahu order vivix boleh klik jer link wasap ni http://fatinhamzah.wasap.my

 

Info kesihatan: KESIHATAN MENTAL

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

1 thought on “Punca, Simptom dan Penyelesaian Hati Berlemak”

Leave a Comment

Related Posts