Buasir_dalaman_dan_luaran

Punca Buasir dan Langkah Mengatasinya

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

 

Mengapa buasir terjadi? Perlukah saya berjumpa dengan doktor?

Apa itu buasir?

Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak. Buasir boleh diklasifikasikan kepada dua bergantung kepada lokasinya iaitu buasir luaran atau buasir dalaman. Kedua-dua ini mempunyai simptom dan masalah yang berbeza.

 

Buasir_dalaman_dan_luaran
Buasir Dalaman dan Luaran

Buasir dalaman

Merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum. Pesakit akan mengadu terdapat pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan. Ada juga pesakit yang akan terasa seperti unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini mungkin hilang sendiri atau ada juga yang perlu menolak balik unjuran ini ke dalam.

Buasir luaran

Merupakan salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur (lihat gambar 1). Pesakit akan mengadu sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. Kesakitan yang dirasai seseorang itu mungkin berbeza. Ada orang yang mungkin merasa sedikit tidak selesa, tetapi ada juga yang merasa panas atau amat pedih. Sakit yang kuat mungkin berlaku akibat salur darah yang tersumbat oleh darah beku.

Mengapa buasir terjadi?

  1. Buasir adalah penyakit yang sering berlaku. Ia boleh terjadi kepada mana-mana individu tanpa mengira umur. Selalunya berlaku ke atas orang dewasa berumur 30 tahun ke atas yang
    meneran semasa membuang air besar dalam keadaan sembelit.
  2. Wanita mengandung (mungkin mengalami buasir kerana pembesaran janin menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan juga akibat perubahan hormon.
  3. orang yang berlebihan berat badan.
  4. berdiri dalam jangka waktu yang lama setiap hari.
  5. selalu mengangkat benda berat
BACA JUGA  Pengalaman bersalin di Hospital Shah Alam 2020
Langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan buasir dan mengurangkan simptomnya:
  • Elakkan sembelit.
  • Lebihkan pengambilan serat dalam pemakanan anda dengan memakan buah-buahan, sayur-sayuran hijau dan bijirin. Jika ingin memakan roti atau bijirin, pilihlah yang mengandungi bijiran penuh (wholemeal).
  • Lebihkan minum air, sebaik-baiknya lapan gelas sehari.
  • Lakukan senaman setiap hari.
  • Elakkan pengambilan julap yang boleh menyebabkan cirit-birit dan menerukkan lagi masalah buasir. Anda boleh mengambil julap yang mengandungi serat tinggi yang bertujuan untuk mengelakkan sembelit.

Cara untuk mengurangkan kesakitan buasir

  • Mandi dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan dan kegatalan.
  • Jika terdapat pembengkakan, gunakan ais supaya bengkak surut atau duduk di dalam besen yang berisi air garam.
  • Ambil pil untuk mengurangkan sakit seperti paracetamol, aspirin, atau ibuprofen.
  • Terdapat banyak produk krim sapuan atau supositori yang berada dipasaran untuk rawatan buasir.

Buasir bagi wanita mengandung

Buasir semasa mengandung sering bermula di peringkat akhir kandungan sehingga akhir waktu berpantang. Masalah buasir yang dialami oleh wanita di Malaysia mungkin kerap berlaku akibat amalan berpantang.

Ada amalan berpantang yang menyarankan ibu-ibu untuk mengurangkan minum air dan mengelakkan memakan buah atau sayur-sayuran tertentu. Ini mungkin akan mengakibatkan masalah buasir. Oleh itu, ibu-ibu dinasihatkan untuk berhati-hati ketika berpantang dan mendapatkan nasihat dan rawatan doktor sekiranya mengalami sembelit atau simptom buasir semasa tempoh berpantang.

BACA JUGA  6 suplemen membantu masalah anemia ketika hamil

Sumber ; KKM oleh Dr Naemah Shariffuddin.

 

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Leave a Comment

Related Posts