Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) 

 
Kredit kepada: 
DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
28 Julai 2018
 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa seorang kanak-kanak telah meninggal dunia disyaki Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang dilaporkan pada 28 Julai 2018. Kanak-kanak tersebut yang berumur 2 tahun 5 bulan, berasal dari Kampung Pangtray, Daro, Mukah, Sarawak. Beliau mula mengalami demam pada 24 Julai 2018 dan menunjukkan tanda-tanda seperti ruam di tapak tangan dan kaki serta ulser dalam mulut pada 25 Julai 2018.

HFMD-diseases
Hand, Foot and Mouth Disease
punca-hfmd
Punca HFMD

 

Selanjutnya kanak-kanak tersebut telah dibawa ke Klinik Kesihatan (KK) Daro pada 25 Julai 2018 dan telah didiagnosa sebagai disyaki HFMD di mana beliau telah diberikan rawatan serta ibunya telah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera jika anak beliau masih tidak sembuh.

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

 

 

Pada 27 Julai 2018 malam, kanak-kanak tersebut telah dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Daro dalam keadaan tidak stabil dan telah dirujuk ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut. Walau bagaimanapun, beliau telah meninggal dunia di Hospital Sibu pada pukul 2:08 pagi 28 Julai 2018 dengan penyebab kematian adalah disebabkan oleh jangkitan paru-paru yang teruk (severe pneumonia) dengan jangkitan HFMD. Sampel klinikal telah diambil untuk ujian pengesahan bagi mengetahui penyebab kematian.

KKM ingin menasihati orang ramai, terutamanya yang mempunyai anak-anak kecil supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikut untuk mengurangkan risiko mereka dijangkiti:

  1. Basuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan, selepas menukar lampin dan mencuci najis kanak-kanak.
  2. Tutup mulut dan hidung semasa batuk dan bersin.
  3. JANGAN berkongsi barangan peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, selimut, cawan, garpu, dan sudu.
  4. Sentiasa mengekalkan kebersihan di rumah, pusat penjagaan kanak-kanak, tadika dan sekolah, dan persekitarannya.
  5. Basuh semua alat mainan dan permukaan meja, kerusi, lantai, dan sebagainya, yang telah tercemar dengan air liur kanak-kanak.
  6. Bawa kanak-kanak ke klinik atau hospital terdekat jika mereka mempunyai tanda-tanda atau simptom jangkitan.
  7. Ibu bapa dinasihatkan agar tidak membawa anak-anak mereka ke tempat awam yang ramai seperti kolam renang, pasar, pusat membeli-belah, stesen bas, dan lain-lain.
BACA JUGA  Penggunaan Basic H SHAKLEE
basuh-tangan-dengan-betul
Basuh tangan dengan kerap dan betul

 

Hfmd-pesanan-kepada-ibu-bapa
 Pesanan kepada ibu bapa yang mempunyai anak menghidapi masalah hfmd

 

Saranan-kepada-pengusaha-tadika-tabika-taska-bagi-mengekang-masalah-hfmd
Pesanan kepada pengusaha taska/tadika/tabika bagi mengekang masalah hfmd

Ibu bapa kepada kanak-kanak yang menunjukkan tanda-tanda atau gejala jangkitan, jangan menghantar kanak-kanak tersebut ke pusat jagaan kanak-kanak, taska, tadika atau sekolah. Kanak-kanak yang sakit harus dibawa ke klinik untuk rawatan.

Sehubungan itu, KKM ingin memberi penekanan semula berkaitan kepentingan pelaksanaan lima (5) amalan di bawah bagi mengawal dan mencegah jangkitan HFMD.
KKM dengan kerjasama semua Kementerian dan agensi berkaitan akan mempertingkatkan lagi langkah-langkah pencegahan.

Di antara langkah-langkah pencegahan tersebut adalah:

  1. Penjagaan kebersihan diri diutamakan.
  2. Amalan cuci tangan yang betul.
  3. Penjagaan kebersihan persekitaran.
  4. Pemeriksaan atau saringan di pintu masuk (gatekeeping screening) taska / tadika / tabika / pra-sekolah dan sekolah; dan
  5. Disinfeksi atau nyahkuman permukaan-permukaan yang tercemar.

 

JAGALAH KEBERSIHAN UNTUK KEBAIKAN BERSAMA. SEMOGA WABAK HFMD DAPAT DIKEKANG.

PENGEDAR SHAKLEE MERU KLANG
ALFATEHBIZ FOUNDER

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Leave a Comment

Related Posts