Pengalaman_Bersalin_hospital_shah_alam

Pengalaman bersalin di Hospital Shah Alam 2020

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Kahwin di usia yang lewat

Che Fatin mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan keluarga di usia 29 tahun. Masa tu masih berkhidmat di Sabah Negeri Di Bawah Bayu gitew.

.

Kahwin di usia yang lewat, dikurniakan anak jugak lewat

2 tahun PJJ dari Sabah – Ipoh dan 2 tahun PJJ dari Selangor – Ipoh. Tahun 2013 barulah dikurniakan anak sulong di usia 33 tahun. Doktor kata, penat awak ni di umur 30-an baru nak ngandung. Hmmm what to do?. Rezeki dari Allah. Walaupun lewat, tapi Alhamdulillah.

.

Walaupun lewat, target nak 4 orang anak jugak

Jadi, set target…sebelum umur 40, che fatin mesti ada 4 orang anak hehehe. So, ingat 2018 tutuplah kilang sebab dah capai target. Tup..tup…2019 double line pulak..Aduh!!! Menung sejenak. 2020 aku dah 40 tahun. Ngeee. Harung je la kan. Alhamdulillah, redho.

.

2020 tahun yang mencabar

2020 ni memang mencabar. Cepat penat, semput rasanya. Tua benor dah rasanya ni. Paling risau, bila driving cepat mengantuk. Dugaan. Sepanjang hamil tiada masalah yang kesihatan yang serius. Cuma masa 7 bulan GDM dan hb mula turun naik. Memang kena kawal diet! Alhamdulillah sepanjang pemantauan BSP, paras gula adalah terkawal. Beras tukar kepada Low Glisemik jadi Beras Faiza menjadi pilihan. Manis-manis kita kurangkan. Suplemen B-Complex, Vitalea, Vitamin C, Omega Guard, Ostematrix dan ESP wajib amik setiap hari. Senaman ringan juga perlu. Bila usia kandungan masuk 8 bulan, hb dah stabil. Tapi doktor dah warning, 39 weeks be prepared. Mungkin bersalin awal sebab ada GDM dan berat selalu terlebih. Huhuhu tak pernah bersalin awal. Selalu 40 weeks baru bersalin. Get ready je la.

Vitamin_ bersalin_berpantang_menyusu
Vitamin bersalin, berpantang dan menyusu

2020 jugak virus CORONA juga timbui. Haihh risau. Berdoa dan tawakal. Selalu bersalin, kita balik kampung. Ini kalilah, kita redah je bersalin kat Shah Alam. Semestinya berpantang pun sendiri. Jadi memang allocate dah bajet untuk Set Bersalin Shaklee dan tambah Vivix serta ResV. Che Fatin perlukan tenaga dan cepat sihat. Anak yang 4 orang tu masih kecik. Sape nak jaga oiii.

BACA JUGA  Wahai kaum ibu berilah waktu untuk dirimu sendirI

.

Kenapa pilih Hospital Shah Alam?

  1. Dekat dengan rumah. Mudah nak ulang-alik.
  2. Che Fatin kroje gomen, jadi guna je la kemudahan GL yang diberikan.
  3. Jimat berbanding hospital swasta. Dah survey bayaran, memang tak mampu la. Nak pulak kalau kena emergency czer. Ngeri tengok bil nanti.
  4. In sha allah ramai doktor dan jururawat yang boleh membantu. Baca review, ok jer kan.
Hospital_shah_alam_selangor
Hospital Shah Alam Selangor

Ok, back to my pregancy journey. Pola sakit lebih kurang sama. 2 minggu akan rasa contraction. Dah biasa prolong sakitnya. So, 2/5 Sabtu genap 2 minggu sakit. Perut mula mengeras. Tapi tanda darah berlendir tak keluar macam 4 orang anak yang sebelumnya. Gagahkan jugak serah diri kat HSAS. Lepas Zohor terus pergi emergency.

Step 1, kena saring untuk covid 19.

Step 2, cek tekanan darah.

Step 3, cek jantung bayi (CTG)

Step 4, naik labour room di tingkat 4 untuk cek bukaan.

Menunggu giliran….akhirnya dalam pukul 5 petang doktor panggil untuk cek bukaan. “Baru 2 cm puan”. Gini la che fatin, bukaan memang lambat. Jadi doktor suruh balik dulu. Pagi esok datang semula. Malam tu susah nak tidur. Sakitnya…Allah saja yang tau.

.

Esoknya 3/5/2020 – 10 pagi, pergi semula ke emergency HSAS. Proses sama macam 2/5/2020. Pukul 3 petang, cek laluan baru 3 cm. Doktor suruh masuk wad, sebab dah kandungan kelima. Jadi lebih baik stay hospital katanya. Tapi wad penuh. Jadi menunggu lah kita. Pukul 6.30 petang baru ada katil kosong. Jadi masuklah kita ke wad 8B katil nombor 26. Kesian suamiku menunggu lama. Dah la time puasa. Anak-anak pun kesian, kena tinggal rumah mamanya. Alhamdulillah ada suami dan keluarga kak yati yang membantu. Anak-anak pun paham. Sebab dah bagitau..ummi kena pergi hospital, jangan nakal. Dengar cakap Abi dan mama.

Menunggu itu satu penyeksaan…hahaha

.

4/5/2020 bukaan masih 3cm. Aishh tak bergerak. Takde perubahan. Doktor dan jururawat mula bersoal jawab. Puan kalau nak bersalin memang menunggu lama ker? YE jawab saya dengan senyum. Buat dan amalkanlah macam-macam petua. Kurasa sama jer hihi. Alhamdulillah. Sihat itu nikmat, Sakit itu jugak nikmat bagiku. Supaya kita muhasabah diri, bersyukur serta menghargai pemberian dan amanah daripada Allah swt.

BACA JUGA  10 Punca Payudara Sakit Dan Membengkak

.

Start 12 mlm nak masuk 05052020 contraction makin kuat. Menggeletar satu badan. Ishtighfar. Hari ni aku akan beranak. Pasti. Nak menyampaikan ke Subuh menahan sakit. Dekat nak waktu Subuh nurse dan horseman datang “sakit ke puan, ke bilik sebelah kita cek bukaan”. Alaaa..baru cadang nak siap2 solat Subuh. Takdan la ni. Horseman cek “dah 6cm puan. Kita tolak ke labor room, puan anak kelima dah. Takut terberanak dalam wad, susah pulak. Call husband terus untuk stand by dtg Azankan anak”

.

Baiklah..

.

Dlm 6.20 pagi sampai ke labor room. Masih sibuk dekat sini. Dorang baru lepas sahur, solat subuh dan bertukar shift. Terdengar widwife kata “penat, start malam tadi sampai waktu sahur ni ramai betul orang beranak, tak menang tangan”. Kesian frontliner ni kan. Dah la musim covid-19 kena patuh macam-macam SOP.

.

Takpe kita sebagai pesakit pun faham dan redho dah ni hihi. So, dalam bilik tu aku keseorangan menahan sakit. Berhempas pulas. Ke kiri tak kena, ke kanan pun tak kena. Dalam pukul 8 pagi rasa sakit sangat! Tapi bukaan masih sama. Perut dah bergolak2, dah tinggi menggunung. Dia nak keluar dah ni. Selawat, doa Nabi Yunus, istighfar, selawat dan macam-macam lagi ayat kubaca. Last sekali hanya mampu ucap “Allahuakbar”. Penat sangat menahan sakit..

.

8.30 pagi..midwife dah siap semua peralatan baru dia tanya aku “puan ada rasa nak meneran, ada rasa nak berak keras” YE….sakit sangat ni.

“Ok, bergerak ke kanan, dan topang kaki kat penahan besi katil ni. Wow new technique..sempat tu berpikir. Selama ni disuruh tarik kedua belah kaki rapat ke ponggong. Ni lain pulak. Ikut je la.

BACA JUGA  Punca Buasir dan Langkah Mengatasinya

.

Sorang je midwife ni dengan aku. Kagum. Dia bagi instruction, aku follow. Alhamdulillah. Teknik meneran yang berjaya..akhirnya 8.57 pagi keluarlah bayi yang ditunggu-tunggu. Surprise betul jantinanya. Its a GIRL.

.

Bayi diletakkan di atas badanku, sementara menunggu untuk dibersihkan. Kuat jugak teriaknya Nyaring betul..hilang rasa letih bila peluk bayi kan.

.

Pastu macam biasa, JAHIT! Walaupun sikit je koyaknya, tapi memang bab ni aku paling ngeri. Arghh..Bole mengigau malam dibuatnya. Widwife ni jugak yang buat. Sekali lagi aku kagum. Biasa aku beranak mesti ada 3 – 4 orang di sekeliling katil. Hebatlah. Tak ingat pulak namanya. Walau apa pun terima kasih banyak-banyak. Sampai naik ke wad pun, midwife tu yang tolak. Betullah…1 patience, 1 nurse.

.

Tak jumpa pun suami. Bayi pun widwife tu yang bawak keluar untuk jumpa dengan Abi untuk diazankan. Terus bagi uri bayi. Che Fatin pun masuklah ke wad. No visitor during PKP..ok understood.

Uri_bayi_untuk_ditanam
Uri Bayi untuk ditanam

Sampai di wad tingkat 8, nampak katil…aah nak tido jer. Kawan-kawan dalam wad pun happy bila tengok kita naik kan. Berkawan pulak walaupun kenal dalam masa yang singkat. Siap buat group wasap kitaorang ni supaya bole keep in touch. Cayalah.

Pengalaman_Bersalin_hospital_shah_alam
Pengalaman bersalin di hospital shah alam

Semalaman je kat wad. Dah berak, kencing dan semuanya ok, maka bole discaj. Tak sabar jugak nak jumpa anak-anak kat rumah. 4 hari ditinggalkan.

.

Overall, bersalin atau beranak kat HOSPITAL SHAH ALAM, SELANGOR (HSAS) boleh diberikan 4 bintang. Bilik, makanan & staf semuanya OK. Alhamdulillah. Terima kasih sekali lagi di atas bantuan anda.

 

REMINDER

Labor room di tingkat 4

Wad bersalin di tingkat 8

 

Thats all. To be continued.

Mak Anak LIMA yang tulis 🙂

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Leave a Comment

Related Posts