Secara ringkasnya tubuh kita terdiri daripada 80% air. Jika 1% air hilang dari badan, kita akan merasa sangat haus. Air merupakan sumber utama tenaga untuk otak dan tubuh. Ia juga merupakan cairan yang bergerak dari sistem badan untuk menghilangkan racun dan mencegah sebarang penyakit. Apabila air cukup, suhu badan dapat diseimbangkan dan kita akan rasa lebih sihat. Darah juga memerlukan air untuk membuat sel-sel baru yang sihat, kerana 80% darah terdiri daripada air. Jadi amatlah penting bagi kita untuk mendapatkan air yang bersih untuk tubuh badan kita.
Risiko Minum Air Tidak Bersih
5 sebab kita perlukan penapis air dirumah.
1) AIR PUNCA PENYAKIT?
Ramai yang masih tidak sedar tentang kepentingan AIR yang kita minum. Setiap hari manusia, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan memerlukan air untuk meneruskan kehidupan. Tubuh badan manusia terdiri daripada 80% air. Untuk tubuh yang sihat, dapatkan air yang bersih. Jika air tidak bersih, seluruh badan kita akan jadi tidak elok. Maka sebab itulah air yang diminum perlu ditapis seperti kata Prof. Dr Muhaya di bawah.
Dr Muhaya pernah kongsikan tentang kepentingan meminum air bersih.
Pengalaman saya sendiri, apabila minum air yang tidak ditapis, saya mudah diserang cirit-birit. Saya mempunyai masalah perut yang sensitif dan gastrik yang kronik. Pernah satu ketika dulu, hampir setiap minggu saya akan ke klinik sebab cirit-birit. Doktorlah yang telah mencadangkan kepada saya supaya memasang penapis air. Bila dah pasang penapis air, setiap 2 minggu saya akan cuci. Alangkah terkejutnya saya apabila melihat katrij penapis air tu hitam, berlendir, berlumpur dan berkarat. Sebelum ini tak dapat dilihat dengan mata kasar. Kotor sungguh! Bayangkan air yang kotor memasuki badan kita. Secara tidak langsung akan merosakkan sistem dalam badan kita. Jadi jangan pandang ringan ye.
Katrij penapis kotor menunjukkan tahap kebersihan air yang disalurkan ke rumah kita.
3) TANGKI SIMPANAN AIR TIDAK DIBERSIHKAN
Agak-agak bila kali terakhir anda membersihan tangki simpanan air? Kalau duduk di rumah teres bolehlah dibersihkan sendiri. Kalau di rumah flat, siapa yang bertanggungjawab untuk membersihakan tangki air tersebut. Biasanya air yang disimpan di dalam tangki ini adalah bagi tujuan mandian dan basuhan. Tetapi jika bekalan air terputus, air simpanan akan disambungkan terus ke sinki dapur. Jika pernah mencuci tangki simpanan, pastinya ada keladak dan kotoran. Atau mungkin juga ada bendasing lain seperti cicak, lipas dan serangga yang mati di dalamnya. Jadi selalulah jenguk tangki simpanan air tu. Jika perlu bersihkannya.
4) AIR VENDING MESIN KOTOR
Ada sesetengah vending mesin yang disediakan adalah kotor. Berikut merupakan artikel dari THE STAR, APRIL 2013.
Air Vending mesin kotor
Air yang anda beli dari mesin layan diri mungkin tidak sebersih yang anda fikirkan. Sebanyak 29 sampel air telah diambil dari mesin tersebut di seluruh Lembah Klang dan hampir semuanya telah dicemari. Terdapat beberapa jenis bakteria berbahaya seperti E. coli, Koliform dan bakteria bertoksin Clostridium perfringens – jenis bakteria yang sama terdapat di dalam air kumbahan yang tidak dirawat.
The Star menjalankan beberapa ujian bersama dengan Forum Air Malaysia, sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Forum Air Malaysia membuat ujian terhadap 14 sampel pada April manakala The Star menjalankan ujian terhadap 15 sampel. Sampel-sampel air diambil dari mesin layan diri di Subang Jaya, Cheras, Klang dan Kuala Lumpur.
“Daripada ujian ke atas 14 sampel air, enam daripadanya didapati mempunyai sama ada Koliform atau E. coli dan tidak mengandungi klorin atau klorida bebas,” katanya. “Klorin bebas mesti ada, kerana ia adalah pembasmi kuman,”
Kata Pek. “Terdapat piawaian untuk menentukan berapa banyak klorin bebas diperlukan untuk digunakan dalam air terawat, tetapi kerana ia tidak dapat dikesan di dalam semua sampel ini, ia menunjukkan bahawa jumlah yang tidak mencukupi telah digunakan.”
Dalam ujian yang dijalankan oleh The Star dengan makmal bertauliah, semua 15 sampel didapati positif Koliform dan Clostridium perfringens.
Mesin menjual air banyak terdapat di bangunan pejabat, kediaman dan universiti atau kolej.
Bagi mereka yang gemar membeli air melalui Vending Mesin ini, berfikirlah 2 kali kerana:
1. ia bukan saja membahayakan kesihatan anda malah boleh mendatangkan kemudaratan dalam masa jangka panjang
2. ia tidak praktikal dalam jangka masa panjang kerana adalah lebih baik anda membeli 1 sistem penapis air.
3. banyak membuang masa anda untuk pergi & balik ke vending mesin tersebut.
4. terpaksa menunggu giliran.
5. bayangkan kalau anda membawa lebih dari 1 botol air besar. Bukankah lebih selamat & selesa jika anda mempunyai 1 sistem penapis air yang disediakan di rumah sendiri. ada di rumah anda.
Klorin adalah bahan kimia yang digunakan di loji air untuk membunuh bakteria dalam air. Namun klorin ini juga adalah penyebab kepada berlakunya kanser untuk tempoh jangka masa panjang. Kesan klorin kepada tubuh manusia adalah:
1. menjadi toksik kepada tubuh manusia jika terhidu
2. menghakis tisu manusia
3. amat merbahaya jika bergabung dengan bahan kimia lain seperti acetylene, ether, gas ammonia dan hidrogen.
Bahaya klorin
Banyak bahayanya jika kita minum air yang tidak ditapis. Oleh itu sediakan penapis air di rumah anda. Shaklee memperkenalkan water pitcher atau juga dikenali sebagai Get Clean® Water Shaklee.
Water Pitcher Shaklee adalah penapis air murah dan jimat
Get Clean® Water Shaklee.
Get Clean® Water merupakan jag air pertama yang menggunakan sistem penapis blok karbon yang boleh diisi semula. Langkah ini membantu mengurangkan timbunan botol plastik bagi memelihara dan menjaga alam sekitar.
Hasil air yang ditapis oleh water pitcher
APA KELEBIHAN PENAPIS AIR SHAKLEE?
1. Water pitcher ini berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air bagi setiap blok penapis. Merupakan jag air pertama yang dilengkapi sistem penapisan blok karbon isian semula. Ini menjadikannya penapis air yang setanding dengan jenama terkenal yang lain.
2. Disahkan berkesan mengurangkan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain di samping mengekalkan kandungan mineral air yang bermanfaat. 3. Disahkan berkesan mengurangkan klorin, oleh yang demikian ia dapat membantu mengurangkan ancaman kesihatan akibat bahan sampingan klorin. 4. Ringan, mudah dibawa ke mana-mana sahaja. 5. Cara pemasangannya ringkas. Ikut je manual yang disediakan. Jimat masa dan tenaga. 6. Tidak perlu penyelenggaraan untuk membersihkan filter. Cukup 300 liter atau 80 gelen, tukarlah filternya. 7. Rasa air sangat segar dan air yang ditapis adalah sangat halus dan jernih. 8. Sangat mudah digunakan. Hanya tuangkan air ke dalam jag, tunggu sehingga selesai ditapis, kemudian sedia untuk diminum. Air yang bersih akan menjamin kuliti hidup kita. Mari kita bertukar kepada water pitcher shaklee ni.
Dikongsikan testimoni pengguna Water Pitcher
Mendapan kotoran air yang telah ditapis oleh water pitcher.
Penapis air jimat dan murah. Boleh servis sendiri. Kualiti air pun terbaik.
Air yang ditapis oleh water pitcher sangat sedap untuk diminum.
Water Pitcher pilihan ramai pengguna.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut. ?: 0175438337 atau http://fatinhamzah.wasap.my Fatin Hamzah Pengedar Shaklee Meru Klang
Air bersih dengan get clean water pitcher shaklee. Nyata berpuas hati.
best guna WP ni sebab mudah dan senang tak perlu wayar
saya pun guna ni..
Saya suka water pitcher ni, sedap airnya
Brilliant water filter, senang mahu bawa ke mana mana.
Ramai yang suka ambil air minum dekat mesin luar tu.Tapi sebenarnya kebersihannya tak terjamin. Recommended penapis air yang mampu milik ni