Risiko-wanita-yang-kekurangan-kalsium

Osteoporosis: Faktor dan langkah atasinya

 

Osteoporosis: Faktor dan langkah atasinya |

Kepadatan tulang bagi manusia akan mencapai tahap maksimum pada akhir 20-an iaitu sekitar umur 28 tahun. Apabila menjelang usia 35 tahun, tulang mulai menjadi lebih lemah dan rosak. Jika berterusan maka berlakulah osteoporosis. Maka amat penting bagi kita mengetahui faktor dan langkah mengatasi osteoporosis.

Faktor berlakunya Osteoporosis

Osteoporosis merupakan penurunan kepadatan tulang yang disebabkan oleh pelbagai faktor, di antaranya:

  1. pertambahan usia
  2. menopause
  3. penurunan estrogen
  4. genetik
  5. diet rendah kalsium
  6. kurang bersenam
  7. merokok
  8. minuman berkafein

Estrogen penting untuk menjaga kepadatan tulang pada wanita.

Apabila kadar estrogen menurun setelah menopause, maka kepadatan tulang akan menurun dengan cepat.

Dalam tempoh 5 – 10 tahun pertama setelah menopause, wanita kehilangan kepadatan tulang kira-kia 2.5 peratus dari kepadatan tulang setiap tahun.

Menopause merupakan penyebab utama masalah osteoporosis pada wanita. Bagi wanita, memiliki tulang sekuat mungkin sebelum memasuki fasa menopause adalah perlindungan terbaik untuk mencegah kerapuhan tulang.

Baca:VIVIX PENAWAR GOUT

 

Kepentingan kalsium kepada kanak-kanak

Pembentukan tulang bermula dari zaman kanak-kanak lagi. Proses ini berterusan sehingga remaja. Tulang terbentuk, menyusut atau rosak seterusnya berlaku pembaikan dikenali sebagai proses renovasi. Tulang yang kuat adalah tulang yang padat dan sihat. Jadi kalsium sangat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membina tulang mereka. Ibu bapa perlu pastikan keperluan kalsium bagi anak-anak adalah mencukupi.

Kepentingan kalsium kepada wanita.

Kita sering mendengar betapa pentingnya bagi wanita untuk mendapatkan kalsium yang cukup. Mengapa?

 

Risiko-wanita-yang-kekurangan-kalsium
Risiko wanita yang kekurangan kalsium

Bagi kebanyakan wanita, kepadatan tulang yang maksimum akan dicapai pada umur 25–30 tahun. Pada sekitar umur 35 tahun, wanita mulai kehilangan kepadatan isi tulang.

Kepadatan tulang yang hilang setiap tahun akan meningkat seiring dengan pertambahan usia. Kehilangan kepadatan tulang akan lebih teruk berlaku dalam tempoh 5-10 tahun setelah menopause dan tulang akan terus merosot atau rosak berbanding pembinaan tulang baru. Akibatnya, osteoporosis akan terjadi.

Bagaimana nak tahu tahap kesihatan tulang?

Anda boleh melalui ujian kepadatan tulang. Hasil dari ujian tersebut akan menunjukkan tahap kesihatan tulang kita sama ada mengalami osteoporosis atau tidak. Lihat ujian di bawah:

 

Ujian-Kepadatan@Tulang
Ujian Kepadatan Tulang

Adakah lelaki juga berisiko untuk mendapat osteoporosis?
Ya. Kaum lelaki juga boleh mengalami osteoporosis. Kebiasaannya mereka akan mendapat masalah ini apabila sudah berumur 65 tahun dan ke atas.

Tanda dan Gejala Osteoporosis:
Kehilangan tulang yang akan mengakibatkan osteoporosis berkembang perlahan-lahan tanpa kita sedari. Tidak tanda atau gejala khusus yang menunjukkan masalah osteoporosis ni sehinggalah seseorang mengalami patah tulang akibat insiden kecil seperti jatuh, atau bahkan ketika batuk atau bersin.

BACA LAGI: KEBAIKAN OSTEMATRIX SHAKLEE

Kawasan yang akan terkesan adalah pinggul, pergelangan tangan, atau tulang belakang. Ketika beristirehat, tulang belakang akan menyebabkan kedudukan postur tubuh dan kelengkungan tulang belakang berubah.

Pencegahan Osteoporosis:

  1. pastikan anda mendapatkan banyak kalsium dalam diet harian sama ada melalui makanan atau suplemen.
  2. dapatkan pemeriksaan faktor risiko osteoporosis sebagai langkah pencegahan.
  3. mengawal faktor risiko terjadinya osteoporosis. Misalnya, jika anda seorang perokok mahupun peminat tegar minuman berkafein, cubalah kurangkan atau lebih baik berhenti kan.
  4. Banyakkan bersenam dan melakukan latihan angkat beban supaya dapat merangsang sel-sel untuk membina tulang yang baru. Sebaiknya dapatkan nasihat daripada doktor tentang cara bersenam atau latihan yang betul.

Jom jaga tulang kita supaya sihat dan kuat.

Fatin Hamzah 0175438337
Pengedar Shaklee Meru Klang
Alfatehbiz Founder.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *