Sunday, December 6, 2020
HomestoryMAK IDOLAKU

MAK IDOLAKU

Me and my lovely mom.

Siapa kita hari ini adalah siapa kita di masa dahulu.

Mak saya seorang yang berdikari, serba boleh, kreatif dan berani.

Mak boleh bertukang. Arwah abah pernah kata “kukuh lagi reban ayam kalau mak kome yang buat”

Mak pandai masak. Terutama yang melibatkan rempah ratus. Dengan memasak juga, dulu mak penah jual kuih keliling kampung naik basekal ?

Mak pandai menjahit. Dengan menjahit mak boleh jahit mcm2 & jual pelbagai benda. Bantu jana pendapatan keluarga. Bab ni memang saya kalah. Hanya boleh jahit yang simple je. Mak…hmmm kalau anak pompuannya kawin from A to Z dijahitnya.Baju pengantin, cadar, pelamin & langsir semua buat sendiri.

Kreatif. Ofkos. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Ligat otaknya berpikir. Segala yang berkaitan dengan gubahan…petik jari je uols.

Berani!!! Pegi Mekah kali pertama boleh jalan sendiri. Macam kampung dia je dibuatnya hihihi. Masa saya mengajar kat Sabah pulak mak bole fly sendiri dari KLIA. Saya yang cuak. Dia rilek je. Dulu pakai hp nokia sekarang smartphone. Dah boleh bukak you tube dengar ceramah dan gosip retis ???

Mak tak berpeluang belajar tinggi. Dulu hidup susah dan anak perempuan memang tak digalakkan ke sekolah. Tapi memang salute, banyak benda mak tau. Lebih2 lagi bab congak. Kadang2 saya pun kalah. Iye lah dia dah biasa niaga kan.

BACA JUGA  New cycle dalam biz shaklee 2019/2020
BACA JUGA  New cycle dalam biz shaklee 2019/2020

Saya sayang emak saya. Anda bagaimana?

#SayaSayangEmak
#SayaRinduEmak
#FatinStories

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Kelesuan Adrenal: Punca dan Cara Atasi

Adrenal fatigue?Kelesuan Adrenal? Pernah dengar tak tentang perkataan tu? Mungkin anda juga mengalaminya tapi tak tahu itu adalah masalah kelesuan Adrenal kan.Jom kita ikuti sedikit rumusan...

Formula Menjemput Rezeki

Formula Menjemput Rezeki : (copy & paste) 1. DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha...

Pengalaman bersalin di Hospital Shah Alam 2020

Kahwin di usia yang lewat Che Fatin mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan keluarga di usia 29 tahun. Masa tu masih berkhidmat di Sabah Negeri Di...