Ketika Dirimu Diuji Tuhan

Ketika Dirimu Diuji Tuhan

Ketika dirimu diuji oleh Allah, maka ingatlah bahawasanya itulah sunnatullah kehidupan manusia. Tidak ada seorang manusia pun yang akan terlepas daripada ujian kehidupan ini.

Dalam surah Al Baqarah, Allah SWT menjelaskan bahawa Dia akan menguji hamba hambaNya.

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar” [2:155]

Lalu ketika dirimu diuji oleh Allah, bersabarlah!.

Teruskanlah bersabar! kerana Allah SWT telah berjanji tidak akan menguji dirimu melebihi kemampuan yang ada pada dirimu.

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” [2:286]

Dalam ayat yang lain pula di dalam kitab suci Al Quran, Allah SWT ada mengatakan bahawa, “Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah”[39:53]

Ya! Jangan sekali kali dirimu berputus asa dengan Rahmat Allah. Ada manusia yang hilang pertimbangan akal lalu menyalahkan Allah ketika dia diuji dan akhirnya menjadi kufur lagi tidak mempercayai Tuhan. Wal’iyyazubillah!.

Sebenarnya, ketika dirimu diuji Allah,  percayalah bahawasanya Dia sedang mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk dirimu. Dia mahu memberikan kebaikan kepada dirimu.

Rasulullah SAW ada mengatakan “sesiapa yang dikehendaki oleh Allah akan kebaikan, maka akan ditimpakan musibah (ujian) keatasnya” [HR Bukhari]

Pujuklah lagi dirimu dengan jaminan Rasulullah SAW ini, “sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya ujian. Dan sekiranya Allah mengasihi sesuatu bangsa, maka Allah akan menguji mereka” [HR Termidhi]

Hidupmu hanyalah sementara. Begitu jugalah sementaranya ujian ujian kehidupan yang dilalui oleh dirimu dan setiap manusia pada setiap detik dan waktu.

Maka, bertabah dan bersabarlah dirimu dengan ujian Allah. Kelak apabila dirimu telah berjaya melepasi ujian ujian kehidupan ini, maka akan muncul pula banyaknya kebaikan demi kebaikan yang memenuhi segenap ruang kehidupanmu. Wallahu’alam

#AkhiAdifGorment

Ketika diuji oleh Allah s.w.t
0/5 (0 Reviews)
Uncategorized

Promo Shaklee untuk ahli baru bermula 15 Disember 2018 – 28 Februari 2019

Wahhh JOM SHAKLEE. Promo Shaklee untuk ahli baru. Berita gambira untuk yang nak join shaklee sebagai ahli baru iaitu NEW ENROLLMENT. …

Read More →
Energizing-soy-protein
Produk Shaklee

10 Manfaat ESP Shaklee

Assalamualaikum semua. Hari ini saya nak kongsikan 10 Manfaat ESP Shaklee. Tapi sebelum tu, mari kita berkenalan dulu. Siapa saya? …

Read More →
GLA-Complex-Shaklee-stabilkan-hormon-wanita
Produk Shaklee

Stabilkan hormon wanita dengan omega-6

Kenali GLA Shaklee Sumber Terbaik Omega-6 untuk stabilkan hormon wanita. GLA Shaklee diekstrak dari Borage. Ia mengandungi lebih 2 kali …

Read More →
Pengedar-Shaklee-Meru-Klang
Uncategorized

Tips memilih suplemen untuk tubuh badan kita

Tips memilih suplemen terbaik Terdapat pelbagai produk makanan tambahan di pasaran. Sama ada ianya keluaran tempatan mahupun dari negara luar. …

Read More →
Omega-guard-mengandungi-EPA-dan-DHA
Produk Shaklee

10 Kebaikan Asid Lemak Omega-3

Tahukah Anda Kebaikan Asid lemak Omega-3? Badan manusia sangat memerlukan asid lemak omega-3 untuk kekal kuat dan sihat, dan asid …

Read More →
Omega-Guard-Shaklee-membantu-perkembangan-otak-kanak-kanak
Produk Shaklee

Kebaikan Omega 3 Untuk Kanak-Kanak

Kebaikan Omega-3 Untuk Minda Kanak-Kanak   Di antara kebaikan Omega-3 kepada minda kanak-kanak adalah: Meningkatkan Prestasi Mental memberikan kesan positif …

Read More →

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *