Kepentingan vitamin E

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Apakah kepentingan vitamin E kepada tubuh badan manusia?

Vitamin E sangat penting untuk kesihatan kulit, rambut dan meningkatkan keseluruhan kesihatan. Jadi pemakanan seharian kita perlulah mengandungi makanan yang berasaskan vitamin E.

 

Makanan yang mengandungi vitamin E

Vitamin E sangat mudah diperolehi dari makanan yang berminyak, buah-buahan dan sayur-sayuranan. Contohnya dari susu, mentega, telur, biji gandum, minyak jagung, minyak sawit, biji bunga matahari, asparagus, almond, bayam, sawi swiss, lobak sayur, kale, cabai, kacang tanah, alpukat dan sebagainya. Vitamin E lebih banyak terdapat dalam makanan segar yang belum diolah. Begitu juga dengan minyak kelapa sawit.

Tahukah anda minyak kelapa sawit kaya dengan vitamin E?

“minyak kelapa sawit sangat bagus untuk kesihatan. Namun apabila minyak kelapa sawit ditukarkan kepada trans lemak, ianya tidak bagus untuk kesihatan”.

Info 1: Bantu Luka Bersalin Cepat Sembuh

Info 2: Nak kulit cantik?

 

Manfaat vitamin E kepada kesihatan

  1. Kesihatan tubuh badan: vitamin E membantu meningkatkan kesihatan dengan meningkatkan daya tahan tubuh, mengatasi stress, meningkatkan kesuburan, meminimumkan risiko kanser dan penyakit jantung.
  2. kesihatan kulit: vitamin E dapat menjaga, meningkatkan elastisiti dan kelembapan kulit, mencegah proses penuaan pra-matang, melindungi kulit dari kerosakan sinar ultraviolet, serta mempercepatkan penyembuhan luka.
  3. rawatan parut: membantu memudarkan parut dengan cepat.
  4.  pencegahan kepada kanser kulit: pendedahan kepada panas terik matahari untuk tempoh yang lama memungkinkan kaser kulit terjadi. Vitamin E dapat melindungi kulit anda.
  5. membantu menghilangkan stretch markbiasanya terjadi kepada wanita hamil. Dengan menyapu minyak vitamin E pada bahagian perut yang mempunyai stretch mark, ia serba sedikit dapat meminimumkan rekahan tersebut.
  6. membantu pesakit ekzema dan psoriasis: penyakit kulit ekzema dan psoriasis memerlukan vitamin E bagi merawat kawasan kulit yang terjejas. Vitamin E akan membantu sel kulit pulih semula.
  7. membantu masalah kuku kering: kuku yang rekah,pecah dan rapuh menandakan anda kekurangan vitamin E.
  8. membantu masalah bibir kering dan pecah: Vitamin E membantu menyembuhkan masalah-masalah ini kerana ia memberikan kelegaan dan mengurangkan rasa pedih yang dialami.
  9. Baik untuk jantung: mampu menghalang kolestrol dari berkumpul di arteri. Jadi membantu mengurangkan risiko kepada masalah jantung.
  10. anti penuaan: semakin meningkat umur, pembaharuan sel dan penghasilan kolagen makin berkurangan. Akibatnya keanjalan dan ketegangan kulit juga merosot. Diet yang tidak sihat serta pendedahan kepada bahan kimia dan pencemaran menggalakkan lagi proses penuaan iaitu kulit cepat kendur serta garis-garis halus dan kedutan mula muncul. Vitamin E bersifat antioksida sangat membantu kulit dari tua sebelum waktunya.
  11. memberikan rambut yang sihat: vitamin E dapat meningkatkan peredaran darah ke seluruh bahagian tubuh termasuk kulit kepala. Bekalan darah yang sihat adalah peransang yang baik untuk rambut tumbuh dengan baik, Selain itu, vitamin E melambatkan proses penuaan rambut iaitu mengurangkan kebarangkalian uban pra-matang, menjadikan rambut lebih bersinar, berkilau, sihat dan tidak bercabang.
BACA JUGA  Suplemen shaklee pilihan saya

Akibat kekurangan Vitamin E

  1. menyebabkan sel darah merah terbelah (hemolisis eritrodit)
  2. lemah otot betis
  3. anemia
  4. alergi
  5. iritasi mata
  6. rambut dan kulit tidak sihat
  7. berisiko mempunyai masalah jantung

Makanan yang kaya Vitamin E juga penting untuk mencegah fibroid, cyst, pcos dan enderometriosis. Ingat, apa yang kita makan, itu yang akan menentukan tahap kesihatan kita.

 

Salam Jumaat dari “Ummi Suka Siaht Yang Tulis”. See uols in my next entry…

 

I am a trusted Shaklee Agent ID1094300

Nak order produk shaklee boleh hubungi saya http://fatinhamzah.wasap.my

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

1 thought on “Kepentingan vitamin E”

Leave a Comment

Related Posts