Kencing tikus dan ikhtiarnya

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram



Kencing tikus dan ikhtiarnya.

 

Apa itu penyakit kencing tikus?

Penyakit kencing tikus atau nama sainsnya Leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria Leptospira yang disebarkan melalui haiwan. Jika tidak dirawat segera, penyakit ini boleh merebak dan membawa maut. Pada mulanya, bakteria ini dikenal pasti datangnya dari tikus.

Namun kini, banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini, sama ada liar atau peliharaan. Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi sekadar menjadi pembawa dan tidak memindahkan jangkitan.


bahaya-kencing-tikus
Bahaya kencing tikus

Secara umumnya bakteria Leptospirosis terjadi disebabkan oleh pendedahan kepada kuman yang terdapat di dalam air yang tercemar dengan kencing binatang. Biasanya terjadi di negara beriklim panas. Faktor risiko termasuklah:

  • Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
  • Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
  • Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

 

Info : MANFAAT DETOK SHAKLEE

 

Kesan yang paling ketara bila terkena kencing tikus adalah :

 

  1. mata merah darah
  2. otot sakit
  3. demam yang berpanjangan
  4. cirit birit hitam dan berdarah
  5. batuk berdarah
  6. jerawat dibadan macam denggi
  7. sakit kepala yang teruk

 

Rawatan atau ikhtiar untuk penyakit kencing tikus

Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah. Rawatan awal sewajarnya diberikan kepada pesakit. Jika lambat mendapatkan rawatan, ianya boleh meragut nyawa. Jadi, jika anda terdedah dengan aktiviti luar yang melibatkan air dan ada tanda-tanda seperti yang dinyatakan sebelum ini, segeralah bertindak.

Tips-elak-kencing-tikus
Tips elak kencing tikus

 

Pencegahan

Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung atau air tenang, terutama di kawasan iklim tropika. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycyline boleh mengurangkan risiko kencing tikus.

 

Info: KENAPA BISNES SHAKLEE MENJADI PILIHAN?


See you in my next entry…



Ummi Suka Sihat Yang Tulis
Fatin Hamzah 0175438337
PengedarShakleeMeruKlang
AlFatehBizBiz

 

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

1 thought on “Kencing tikus dan ikhtiarnya”

Leave a Comment

Related Posts