Sunday, November 28, 2021
HomeMotivasiKenapa mak-mak cepat marah

Kenapa mak-mak cepat marah

Bila jadi mak ni kuat sangat kita marah tanpa kita sedar kan? Bila dah lepaskan kemarahan barulah menyesal. Malam-malam masa anak tidur kucup dahi anak sambil minta maaf dekat mereka. Tapi akan datang tetap buat lagi kan?

parent-shouting-at-kids
Menjerit kepada anak-anak

Credit to fb: Hanis Athirah Rusli

Selalu kita idamkan esok nak berubah nak jadi ibu yang fun dengan anak-anak, tapi realiti bila tiba hari esok, kita tetap sama, tetap marah, kecewa dan penat.

Ramai ibu yang struggle dengan parenting anger ni. Tapi serius bagitau, bila kita pemarah bukan bermaksud kita ni bad mom. Cuma kita sedang berada dalam parenting trenches. Dalam sangat sangat sehinggalah kita perlu korek semula diri kita yang tengelam ke dasar ni supaya timbul ke atas. Tapi bagaimana?

⚠️Know Your Triggers bila Marah⚠️

Tahu perkara apa yang membuatkan api kemarahan kita tercetus dan cuba atasi. Macam saya, saya selalu rasakan terlalu buat banyak perkara untuk semua. Sehinggalah saya penat. Bila penat memang mudahlah api kemarahan meletus, dan larva kemarahan ini mengalir dekat anak-anak sebab mereka yang paling hampir dengan kita.

Jadi saya berbincang dengan suami, mula minta bantuan beliau apa yang saya tidak mampu buat. Dengan orang lelaki ni kita kena berterus terang je, tak perlu pusing sana, pusing sini. Sebab mereka ni sangat sukar untuk mengesan atau memahami apa yang cuba kita nak sampaikan melalui raut wajah mahupun nada suara. Jadi luahkan kepada suami tahap kepenatan kita dan minta bantuan mereka. InsyaAllah suami yang baik akan tolong pelihara mental isteri.

BACA JUGA  bencana tidak semestinya mendatangkan hidayah kepada manusia

Selain itu, saya utamakn priority pekerjaan atau aktiviti apa yang paling penting untuk dibuat. Sebab sebelum ini saya ingat diri ini boleh multi tasking, paksa diri sehingga penat dan lepas tu tiada masa untuk diri sendiri.

Untuk setiap ibu trigger kemarahan kita berbeza. Tapi cubalah kenal pasti dan fikir alternatif untuk atasi. InsyaAllah kita dapat mengawal kemarahan kita dan lebih happy bersama anak-anak.

Jemput baca sini cara bercakap dengan anak. mengikut peringkat umur
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10223731303048324&id=1165597373

” Angry doesn’t solve anything. It builds nothing, but it can destroy EVERYTHING”

#tipsparentinghanis

Suplemen-vivix- tinggi-antioksida
Vivix pilihan saya

“Ya Allah moga aku menjadi isteri dan ibu yang lebih baik pada tahun 2021 ini”.

I am not perfect, still in learning process to be a better parents. Tq for the reminder and tips. Credit to fb: Hanis Athirah Rusli

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular