KENAPA ANAK DEGIL?

KENAPA ANAK DEGIL?

Kebanyakan ibu bapa berhadapan dengan masalah ini kan. Kenapa anak degil? Nak buat macam mana? Aduhai mencabar sungguh membesarkan anak pada zaman ni. Bila anak degil kita salah kan rakan sebaya, gajet, sosial media dan sebagainya. Pernah tak kita muhasabah diri sendiri kenapa anak itu menjadi degil?

SITUASI di antara kedua ibu bapa dengan ustazah

“Kami datang ni bukan nak mengadu masalah kami suami isteri, tapi tentang ANAK-ANAK”
“Kami ada 3 orang anak, yang pertama tingkatan 4, yang bongsu darjah 3. Tak tahu mana silap kami, tapi boleh dikatakan semuanya DEGIL (tak elok guna perkataan ni), contohnya kalau kami panggil 2, 3 kali pun belum tentu menyahut, kadang menyahut tapi tak datang-datang, sibuk dan leka dengan gajet, dan macam-macam lagi la perangainya, apa nak buat tu ustazah ?
“Maaf ya saya tanya, boleh saya tahu SOLAT puan dan suami bagaimana? Maksud saya penuh ke tidak, dan jika penuh, awal waktu atau selalu lambat?”
Si Isteri menyiku suami, “awaklah jawab, awakkan bapak budak-budak tu”
“Hmm, kadang-kadang adalah tinggal jugak ustazah, lambat tu biasalah, tapi tetap solat.. kami dua-dua agak sibuk, penat, kelam kabut, berkejar-kejar kami ni”
“Maaf ya tuan puan, kita harus sedar satu perkara, masalah sebenar bukan ANAK yang DEGIL, tapi KITA yang DEGIL ! Sebelum anak degil kita degil dulu, malah kita lagi degil daripada anak-anak”
“Apa maksud ustazah ?”
“Allah panggil, حي علي الصلاة, datanglah solat, datang menuju kejayaan, diulang dan didengar dari kecil sampai kita dah tua, namun kita masih dan sentiasa menangguhkan panggilan itu, kadang sejam, kadang 2 jam baru menyahut, lebih sedih jika tak menyahut langsung”
“Jangan mengharap anak isteri atau suami segera menyahut panggilan kita, jika panggilan Allah kita selalu tangguh-tangguhkan”
“Jangan mengharap ketaatan atau kehormatan daripada manusia jika kita sendiri tidak benar-benar taat dan hormat pada Allah”
“Jangan mengharap untuk tundukkan hati manusia jika diri sendiri tidak tunduk sujud dengan sebenar pada Allah”
“kita selalu sebut selesai semua urusan barulah boleh fokus pada SOLAT, hakikatnya itulah sebenarnya permulaan tidak khusyuk, bila meletakkan Allah dihujung pekerjaan, seolah urusan kita jauh lebih penting”
Namun, SubhanAllah, maha baik Allah swt, Walau bagaimana pun perangai kita dengan Allah, sentiasa meremehkan panggilannya, Allah tetap melimpahkan kasih sayang dan rezekinya untuk kita tanpa syarat”
Tanpa sedar dalam kita mengadu dan mengeluhkan hal anak, kita sebenarnya sedang mengadukan tentang diri kita. Anak adalah acuan Ibu Bapa.
Pengalaman daripada isu di atas, insyaAllah selepas ibu bapa mula menjaga solat di awal waktu, SubhanAllah. Perubahan demi perubahan yang baik akan berlaku pada anak.
HATI anak bukan ibu bapa yang pegang, iyanya milik Allah, hatta hati kita juga milikNya. Nak ubah manusia, berusahalah taat dengan Allah Yang Maha Esa.
Siapa yang sedang membetulkan SOLAT,
ALLAH akan membetulkan hidupnya.
Siapa yang sedang menyempurnakan SOLAT,
ALLAH akan menyempurnakan hidupnya.
SOLAT adalah simpulan KASIH antara manusia dengan ALLAH.
~DuniaQu DakwahQu~
Copy and paste dari hamba Allah. Diharapkan perkongsian ilmu parenting ni akan memberikan manfaat kepada semua. Moga kita mampu mendidik dan membimbing anak-anak ke jalan yang diredhai olehNya. Aamiin. Doakan saya menjadi ummi  yang terbaik buat anak-anak dan juga isteri yang soleh. In sha allah.

Pengedar Shaklee Meru Klang
Pengedar Shaklee Meru Klang
0/5 (0 Reviews)
Uncategorized

Promo Shaklee untuk ahli baru bermula 15 Disember 2018 – 28 Februari 2019

Wahhh JOM SHAKLEE. Promo Shaklee untuk ahli baru. Berita gambira untuk yang nak join shaklee sebagai ahli baru iaitu NEW ENROLLMENT. …

Read More →
Energizing-soy-protein
Produk Shaklee

10 Manfaat ESP Shaklee

Assalamualaikum semua. Hari ini saya nak kongsikan 10 Manfaat ESP Shaklee. Tapi sebelum tu, mari kita berkenalan dulu. Siapa saya? …

Read More →
GLA-Complex-Shaklee-stabilkan-hormon-wanita
Produk Shaklee

Stabilkan hormon wanita dengan omega-6

Kenali GLA Shaklee Sumber Terbaik Omega-6 untuk stabilkan hormon wanita. GLA Shaklee diekstrak dari Borage. Ia mengandungi lebih 2 kali …

Read More →
Pengedar-Shaklee-Meru-Klang
Uncategorized

Tips memilih suplemen untuk tubuh badan kita

Tips memilih suplemen terbaik Terdapat pelbagai produk makanan tambahan di pasaran. Sama ada ianya keluaran tempatan mahupun dari negara luar. …

Read More →
Omega-guard-mengandungi-EPA-dan-DHA
Produk Shaklee

10 Kebaikan Asid Lemak Omega-3

Tahukah Anda Kebaikan Asid lemak Omega-3? Badan manusia sangat memerlukan asid lemak omega-3 untuk kekal kuat dan sihat, dan asid …

Read More →
Omega-Guard-Shaklee-membantu-perkembangan-otak-kanak-kanak
Produk Shaklee

Kebaikan Omega 3 Untuk Kanak-Kanak

Kebaikan Omega-3 Untuk Minda Kanak-Kanak   Di antara kebaikan Omega-3 kepada minda kanak-kanak adalah: Meningkatkan Prestasi Mental memberikan kesan positif …

Read More →

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *