Kemaruk kepada Kebendaan Duniawi

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Kemaruk Kebendaan pada duniawi amatlah membimbangkan. Sikap seoeri ini haruslah dikekang kerana…
M
Baginda Nabi SAW pernah menyatakan rasa kebimbangan terhadap umatnya apabila dunia “dibentangkan” di hadapan mereka. Ini adalah kerana betapa hebatnya fitnah yang bakal terbit daripada dunia yang serba fana ini yang akan menyebabkan umat manusia hilang pedoman lalu meninggalkan hidup bertuhan.

Kebimbangan Nabi SAW ini terbukti berlaku sehingga kita sendiri boleh melihatnya hari ini betapa ramainya manusia kemaruk terhadap kebendaan lalu mengenepikan agama serta moral.

Pada hakikatnya, kemaruk kebendaan ini adalah merupakan manifestasi peradaban yang sentiasa dicanang oleh Dajjal dan sekutu sekutunya. Mereka mendoktrin idealogi ini dengan cukup terancang untuk memastikan manusia meninggalkan pengabdian diri kepada Allah lalu mengabdikan diri kepada kehidupan yang penuh meterialistik.

Apabila manusia mula menganggap kebendaan sebagai matlamat kehidupan, maka lahirlah manusia seterusnya masyarakat gila yang sangat meterialistik yang mewajarkan pengabdian diri kepada keseronokan, kepuasan nafsu dan keutamaan dunia kebendaan semata.

Bahkan yang amat menyedihkan lagi adalah, jauh sekali hati mereka ini mahu mengingati Allah SWT kerana mereka telah dikuasai oleh sifat kemaruk kebendaan yang tidak berkesudahan. Wal’iyyazubillah.

Bahaya kemaruk kebendaan ini jugalah melahirkan banyak idealogi songsang seperti Capitalisme, Sekularisme, Liberalisme, LGBT dan sebagainya.

Berhati hatilah wahai orang orang yang beriman. Jangan kita tergolong dari kalangan mereka yang mempertuhankan kebendaan sebagai matlamat kehidupan yang fana ini. Kelak kita yang akan menyesal tidak berkesudahan.

BACA JUGA  SALAM 1440H BUAT SEMUA

Wallahu’alam.
.
#AkhiAdifGorment
16 Disember 2018

Jom kita berinfaq. Salurkan harta ke jalan Allah s.w.t. Moga hidup, usia dan rezeki kita diberkati. Aamiin.

 

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Leave a Comment

Related Posts