Friday, July 30, 2021
HomeMotivasiKelebihan berwakaf di sisi Allah swt

Kelebihan berwakaf di sisi Allah swt

Pahala bagi orang yang berwakaf.

Allah S.W.T telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:-

“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui”.
(Surah Al-Baqarah Ayat 261)

Allah SWT berfirman didalam surah Al-Imran ayat 115 yang bermaksud:
“Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa.”

Rasulullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan sedekah jariah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud :-

“Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Antara hikmah yang terdapat didalam ibadah berwakaf ialah:

1. Menzahirkan pengabdian diri kepada Allah SWT

BACA JUGA  Ya Allah ampunilah dosa-dosaku.

2. Sebagai langkah mendekatkan diri kepada Allah SWT

BACA JUGA  Petua senang hati

3. Mendapat kebajikan yang berkekalan walaupun pewakaf telah meninggal dunia

4. Berkongsi manfaat dikalangan umat islam dalam menyemarakkan syiar Islam

5. Ianya dapat mengukuhkan perpaduan dan ekonomi ummah

6. Ianya juga secara tidak langsung dapat mengekalkan pemilikan dan pengkongsian aset umat islam di Negara ini khususnya.

Kami juga menyediakan platform Wakaf Al Quran Tagging

Berminat utk jadi ejen al quran tagging secara percuma?
Boleh klik 👉🏻👇🏼
https://biz.sahabatattaqwa.com/daftar/000738
.
Nak beli quran atau wakaf quran pun boleh, klik 👉🏻👇🏼
https://biz.sahabatattaqwa.com/shop/000738
1. Klik semenanjung/Sabah/Sarawak
2. Pilih WAKAF QURAN (1 lot RM10)
3. Klik setuju terma & syarat.
4. Isi detail pewakaf.
5. Payment.

ATAU nak saya bantu bole wasap jer 👉🏻👇🏼
https://WakafAlQuranByFalisha.wasap.my

Al-Quran-Tagging-Rabbani-B6
Al quran tagging Rabbani saiz B6

 

Al-quran-tagging-by-falisha
Al Quran Tagging Sahabat At Taqwa

 

Al-quran-tagging-by-falisha
Al Quran Tagging Sahabat At Taqwa

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here
BACA JUGA  5 sebab perlu balik kerja ON TIME?

Most Popular