Friday, October 22, 2021
HomeMotivasiKelebihan Bersedekah dan Hubungannya dengan Akhirat

Kelebihan Bersedekah dan Hubungannya dengan Akhirat

Kelebihan bersedekah

عن جابر بن عبدالله، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: من بنى مسجدا لله، كمفحص قطاة، أو أصغر، بنى الله له بيتا فى الجنة. {رواه
الإمام ابن ماجه}

Daripada Jabir bin Abdullah, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bersabda siapa yang membina masjid kerana Allah sekalipun hanya seperti sarang burung atau lebih kecil maka Allah akan membina untuknya rumah di dalam syurga.- Hadith Shahih

bersedekah-dimurahkan-rezeki
Bersedekahlah, nescaya rezekimu akan bertambah.

FADHILAT SEDEKAH

Sedekah yang tuan/puan hulurkan ini mempunyai fadhilat yang amat besar kepada penyumbang itu sendiri, antara fadhilat yang dikembalikan kepada penyumbang berdasarkan Al-Quran dan Hadith-Hadith Rasulullah SAW ialah :

1. Ganjarannya sehingga 700 kali ganda
2. Allah anggap sebagai satu bisnes yang tidak merugikan
3. Harta tidak akan berkurang dengan bersedekah
4. Malaikat mendoakan gantian semula bagi harta yang dibelanjakan
5. Menjadi aset akhirat sewaktu tiada bisnes dan bantuan lain di sana
6. Dianggap amalan yang paling utama di sisi Allah
7. Memberi kemenangan dalam usaha melawan Syaitan
8. Memelihara kemuliaan dan maruah diri
9. Mengelakkan kemurkaan Allah
10. Mengelakkan mati dalam keadaan buruk (su’ul khatimah)
11. Menjadi pelindung daripada azab neraka
12. Menghapuskan dosa
13. Mengelakkan daripada bahaya dan musibah
14. Menyelesaikan pelbagai beban dan masalah hidup
15. Menambahkan harta yang sedia ada dan keberkatannya
16. Dilindungi bayangan Allah di mahsyar daripada kepanasan
17. Memberi pahala berterusan walaupun selepas meninggal dunia
18. Tersedia pintu khas di Syurga untuk ahli sedekah
19. Melembutkan hati yang keras
20. Mengelakkan daripada kepanasan azab kubur
21. Menjadi kunci pembuka kepada amalan-amalan baik yang lain
22. Menghubungkan silaturahim antara hata-hati manusia
23. Ganjaran pahala amalan orang lain turut diterima oleh penderma
24. Menjadi bukti kepada keutuhan iman kepada Allah Tuhan Yang Maha Kaya
25. Menyembuhkan pelbagai penyakit

BACA JUGA  SAYA DAN SHAKLEE (shaklee lover)

 

kelebihan-bersedekah
kelebihan bersedekah

10-kelebihan-bersedekah
10 kelebihan bersedekah

Kredit to: T.me/dakwahglobal

“Ingatlah, segala harta dunia yang kita pakai atau pegang ketika ini belum tentu menjadi milik kita. Yang pasti, setiap sen atau harta diinfakkan di jalan Allah itu akan menjadi pelaburan di akhirat kelak di mana kebaikannya berkekalan” (sumber: Harian Metro)

Tonton Kelebihan sedekah.

SEDEKAH, Hubungannya Dengan Akhirat | Ustaz Wadi Annuar

Ustaz Ebit Lew – AJAIBNYA SEDEKAH

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular