Kekal aktif sepanjang Kursus Innovation and Design Thinking

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Review Kursus Innovation and Design Thinking

 

Pada 14-16 Ogos 2018 yang lalu, saya berpeluang untuk mengikuti kursus INNOVATION AND DESIGN THINKING di Hotel Perdana Taiping anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. So, hari ni saya nak Review Kursus Innovation and Design Thinking tersebut dan berkongsi bagaimana saya kekal aktif sepanjang berkusus.

 

Mula-mula berat hati nak pergi Kursus Innovation and Design Thinking ni sebab yang pertama baby masih kecil dan manyusu badan. Nak ditinggalkan ke? Hmmm lama dan jauh pulak tu.

 

Sebab kedua adalah apabila melihat jadual kursus yang padat sampai ke malam. Whoooaaa. Mesti heavy kursus ni kan.

 

Tapi disebabkan arahan KJ, maka kupikirkan juga penyelesaiannya. Maka setelah berbincang dengan my other half, bawaklah semuanya ke taiping. Incik asben kata takpe lah sementara saya kursus, dia tolong jagakan anak-anak. Yihaaa. Tepok..tepok…gembira ada jalan penyelesaian.

 

14 Ogos 2018: Hari pertama

Ok seteleh mendaftarkan diri dan check-in di hotel, terus masuk dewan kursus jam 4 petang. Dah abis sesi suai kenal secara ringkas, jom kita bersenam sikit. Bagi segar katanya almaklumlah dah masuk petang hari.

Material-kursus-design -thinking
Material kursus design thinking

SLOT 1: PRE TEST & BECOMING DESIGN EXECUTIVE OFFICER

Sebelum start aktiviti pertama, ada sesi refreshness. Coach kata jom kita main game “belukis” sekejap. Ahaa enjoy semua. Pastu bermulalah dengan menjawab questionnaire bagi mengenali personaliti diri masing-masing. Hasilnya saya adalah seorang yang “PRESTIGE & INNOVATION” (THE AVANT-GARDE). Wow itukah aku? Hmmm iya la kot. Jadi bila dah kenali personaliti diri sendiri dan team member, mudahlah untuk kita buat kerja berkumpulan. Sesi pertama berakhir pada jam 6.30 petang. Berkobar-kobar penceramahnya. Terbaik.

Refreshness-activities
Refreshness activities

 

SLOT 2: EXPECTATION SETTING POINT OF VIEW

Lepas makan malam kira-kira jam 8.30 malam kita start sesi kedua. Sebelum tu ada sesi refreshness dan uji fokus. Best uols. Macam kanak-kanak ribena je semua orang ni bergumbira. Ye la sesekali keluar dari kerja hakiki kan.

BACA JUGA  Kreatif dan Inovatif pilihanku

 

Kemudian kita masuk balik dalam kumpulan dan set up peranan masing-masing dalam kumpulan. Bincang carta organisasi, hala tuju dan matlamat untuk dicapai. Jam 10.30 malam selesai. Fuh lega hari pertama.

Brainswarming-session
Branswarming Vs Brainstorming
Group-discussion-brainswarming
Setting goal by branswarming technique

Naik bilik anak-anak dah tunggu. Semua sibuk nak bercerita. Layankan aje. Penatnya tak terkata. Kursus heavy, mental pun jadi penat. Sebelum tidur saya ambil:

  1. Alfalfa: untuk buang toksik dan milk booster.
  2. Omega: bakar lemak sebab bila berkursus, mesti banyak makan hihi plus saya mau otak cergas dan berfungsi dengan baik.
  3. Ostematrix: untuk tidur yang lena, tenangkan urat dan lawaskan penghadaman.

Good night everybody. Pagi esok sambung lagi.

 

15 Ogos 2018 – Hari kedua

Sarapan mesti ambil. Bersarapan akan membuatkan minda dan otak lebih cergas. Pernah dengar ungkapan “BERSARAPANLAH SEPERTI RAJA?”. So jangan skip sarapan okeh.

Selepas sarapan saya top up nutrisi badan saya dengan: Vitamin A (carotomax), Vitamin C danVitamin E.

Ketiga-tiga vitamin ni sangat tinggi antioksidan. Dapat membantu mengekang radikal bebas. Selain itu, Carotomax ni saya ambil sebenarnya untuk cuba atasi masalah mata saya yang kering. Masalah ini menyebabkan mata saya kabur. Vitamin C pula saya ambil sebab sedang selesema. Duduk lama dalam aircond, memang begitu la saya ni. Satu lagi kulit pun jadi kering. Jadi sebab tu la kena tambah vitamin E. Haa jangan tak tahu vitamin A shaklee atau carotomax ni boleh juga melembapkan kulit.

 

SLOT 3: SYNTHESIS

Diberikan task oleh coach Zuusuf. Cari satu permasalahan dan selesaikan dengan menggunakan design thinking method. Jadi group kami memilih ISU PENDERAAN KANAK-KANAK & PEMILIHAN TADIKA DALAM KALANGAN IBU BAPA.

 

BACA JUGA  Video VR360 PSA

SLOT 4: EUROPEAN BOARD GAME

Take a break. Kita main game.

 

SLOT 5: IDEATE & PROTOTYPE

Diberikan penjelasan, idea dan contoh tentang bagaimana menjana idea bagi membina sesuatu prototype. Salah satu task yang diberi adalah interview dengan orang awam tentang PEMILIHAN TASKA. Kena pergi luar hotel dan carilah mangsa hahaha. Ni salah satu responden iaitu “Puan Askar”. Terima kasih di atas kerjasama dalam menjayakan task kami.

Temubual-dengan-responden
Temubual dengan responden

 

Presentation-design-thinking
Setiap task mesti dibentangkan

SLOT 6: EXPERIMENT ITERATE/PIVOT

Teknik bereksperimen. Campurkan 2 atau 3 produk. Kembangkan menjadi produk yang berinovasi. Contohnya baju dan tudung. 2 produk ni mungkin boleh diinovasikan menjadi “hood”, tudungnya boleh ditambah aksesori, kain baju kurung boleh ditambah ropol atau renda dan baju kurung itu boleh diubah rekabentuknya. Huh penat nak fikir. Mujur ada Omega Guard. Boleh fokus dan cerdaskan minda.

Lega dah habis aktiviti untuk hari yang kedua. Tapi perut pulak mula rasa sebu, berangin dan susah nak kentut. Ni asbab banyak makan dan terlupa nak minum air yang secukupnya. Kan dah sembelit. Mujur ada bawak herb-lax. Telan dulu herb-lax sebelum tidur. Moga esok lancar ususku. Aamiin.

16 OGOS 2018: HARI KETIGA

Hari terakhir. Hari yang ditunggu-tunggu. Tak sabar nak buat prototype.

 

SLOT 7: EUROPEAN BOARD GAME

Berpagian dengan main satu lagi game. Ini memang mencabar minda. Terus terang permainan ni memang sukar dan mencabar minda. Itulah CATAN nama game nya. Hoho stress. B-complex please. Agak lambat saya nak faham. Walaupun ianya sebuah game, tapi saya dapat rasakan minda saya bekerja keras untuk berfikir, sebab terasa kepenatan walaupun game ni dibuat dalam keadaan santai sahaja.

 

SLOT 8: BUSINESS MODEL CANVAS & POST TEST

Dalam slot ni diterangkan jugak “How to do product pitching?” Hmm tau dah apa yang kurang. Patut la bila saya present depan MTDC selalu kecundang wakaka. Ok lepas ni perbaiki skill ye.

BACA JUGA  Video VR360 PSA

Boleh apply teknik business canvas yang dipelajari ke dalam subjek PRODUCT DESIGN & INNOVATION. Sesuai sangat.

Akhirnya, yang dinanti. Hasilkan prototype mengikut isu yang telah diutarakan pada awal-awal lagi. Maka jeng jeng…presenting our  TADIKA CERIA di tempat kerja para ibu bapa khususnya tadika di politeknik dan kolej komuniti.

 

Prototype-tadika-ceria
Prototype tadika ceria

Gunakan segala bahan yang ada di atas meja. Ahli kumpulan pun ceria dan pantas siapkan task. Semua enjoy. Moga idea ini dapat direalisasikan suatu masa nanti. “HAPPY MOM WORKING” sebab keselamatan anak-anak terjaga. In sha allah. Aamiin.

 

PENUTUP

Akhir sekali, sesi penyampaian sijil penyertaan dan bergambar. Ini wajib. Gambar sebagai kenangan dan bukti hadir kursus jugak. Ok moga bertemu lagi di lain kursus.

 

REFLEKSI KURSUS

  1. Saya rasa lebih segar. Ada idea baru dan lebih mengenali potensi diri sendiri.
  2. Boleh aplikasi teknik yang dipelajari dalam PnP dan product pitching.
  3. Dalam PnP perlu ada fun. Sebab tu ada sesi refreshness iaitu kita bersenam dan main game. Boleh elak stress dalam masa yang sama.
  4. Jaga pemakanan dan kesihatan. Sebab tu saya bawa sekali suplemen shaklee untuk kekal sihat dan aktif sepanjang masa berkursus.
  5. Minum air secukupnya supaya tak dehidrasi dan sembelit hihi.
  6. Design thinking perlu untuk mewujudkan produk yang berinovatif.
  7. Kerjasama dalam kumpulan amatlah penting.
  8. Pemilihan ahli kumpulan juga penting untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Ok. Itu sahaja entri saya pada kali ini. See uols next time. Assalamualaikum.

 

Fatin Hamzah

Pengedar Shaklee Meru Klang.

AlFatehBiz Founder

 

 

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Leave a Comment

Related Posts