Thursday, January 28, 2021
Home Kesihatan Kebaikan Kurma mengawal diabetes dan obesiti

Kebaikan Kurma mengawal diabetes dan obesiti

Ini adalah hasil tulisan Dr Norman Mohd Norawi. Saya cuma share di blog untuk manfaat bersama.

KELEBIHAN KURMA UNTUK DIABETES & OBESITI

Kita selalu di fahamkan bahawa makanan dan buah-buahan yang manis perlu dielakkan oleh pesakit diabetes dan seseorang yang ingin menurunkan berat badan.

Walaubagaimanapun bukan semua makanan yang manis itu tidak baik untuk kesihatan terutamanya buah-buahan. Diantara buah yang sangat berkhasiat, membantu menurunkan paras glukosa darah dan boleh membantu untuk kesihatan usus yang baik serta membantu menurunkan berat badan adalah buah kurma atau tamar .

BUAH KURMA DALAM MASYARAKAT MELAYU ISLAM

Buah kurma sememangnya tidak asing lagi kepada masyarakat Melayu Islam terutamanya semasa bulan Ramadhan. Pelbagai jenis dan saiz kurma yang dijual di pasaran dan diantara buah kurma yang paling popular adalah buah kurma Ajwa atau kurma Nabi yang dikatakan lebih berkhasiat dan menjadi kesukaan Nabi Muhammad SAW. Rasa kurma yang manis adalah amat baik untuk kita berbuka puasa dan ianya sebenarnya sangat berkhasiat kepada kesihatan untuk di makan sepanjang tahun.

KHASIAT BUAH KURMA

Buah kurma sangat berkhasiat dan sepatutnya kita amalkan selalu untuk kawalan glukosa darah dan menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus kerana kandungan seratnya yang sangat tinggi.

Buah kurma kaya dengan mineral seperti kalsium, fosforus, magnesium, potassium, manganese, copper dan zink. Ia juga kaya dengan vitamin A, vitamin B6, folate, choline dan vitamin K .

BACA JUGA  Promosi keahlian percuma shaklee

Kandungan serat dalam buah kurma amat tinggi iaitu 7 gram serat dalam 3.5 oz hidangan buah kurma iaitu lebih tinggi daripada kandungan serat dalam granola bar. Serat yang tinggi ini amat penting untuk membantu menurunkan berat badan. Serat juga penting untuk perkembangan dan pembiakan kuman baik probiotik iaitu ia bertindak sebagai prebiotik. Serat amat penting untuk pergerakan usus dan melawaskan membuang air besar . Dalam satu kajian yang melibatkan 21 orang peserta yang mengambil kurma setiap selama 21 hari mendapati mereka menjadi lebih lawas membuang air besar berbanding sebelum mereka mula mengambil buah kurma. Oleh itu jika kita ada masalah sembelit, maka kita boleh amalkan makan kurma untuk bantu melawaskan membuang air besar.

BACA JUGA  Promosi keahlian percuma shaklee

Serat dalam buah kurma juga amat baik untuk membantu mengawal dan regulasi paras glukosa darah dengan lebih baik. Serat yang di makan akan memperlahankan penyerapan gula ke dalam darah dan mengelakkan masalah kenaikan paras glukosa darah selepas makan. Berdasarkan kajian , indeks glisemik bagi buah kurma adalah rendah dan ia dianggap sebagai makanan yang baik untuk diambil oleh seseorang yang ingin mencegah diabetes, pesakit diabetes dan juga kepada mereka yang mahu menurunkan berat badan.

Kurma juga tinggi dengan anti oksidan polifenol iaitu flavonoids, karotenoids dan asid fenolik. Bahan ini juga bersifat anti keradangan yang membantu mengawal paras keradangan dalam tubuh kita. Oleh kerana itu pengambilan buah kurma sebenarnya membantu mencegah pelbagai penyakit kronik NCD jika di jadikan amalan harian. Kajian menunjukkan bahan anti oksidan mengurangkan risiko penyakit kerana ia melindungi sel-sel tubuh daripada kesan serangan radikal bebas.

BACA JUGA  5 sebab mengapa anda perlu memilih protein shaklee

Kajian juga menunjukkan kurma amat baik untuk kesihatan otak kerana ia bersifat anti keradangan iaitu ia menurunkan penanda keradangan interleukin 6 (IL-6) yang berkait rapat dengan penyakit neurodegeneratif seperti penyakit Alzheimer. Kajian ke atas haiwan menunjukkan kurma meningkatkan memori, pembelajaran dan mengurangkan tabiat akibat kerisauan.

Walaubagaimanpun, kurma masih mempunyai jumlah gula yang tinggi di dalamnya, oleh itu pengambilan kurma secara berlebihan adalah tidak digalakkan. Berdasarkan hadith Nabi Muhammad SAW yang menggalakkan pengambilan kurma Ajwa sebanyak 7 biji setiap hari adalah jumlah yang baik dan boleh kita amalkan. Jadikan pengambilan buah kurma setiap hari sebagai satu tabiat pemakanan sihat untuk kesihatan yang lebih baik. Insyaallah

BACA JUGA  5 sebab mengapa anda perlu memilih protein shaklee

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS(Manipal), MScAARMMA(UCSI)
MNM (ACNEM), FAGE (MAHE)

Rujukan:
1. https://www.womansworld.com/posts/how-to-lower-blood-sugar-133577
2. https://nutritiondata.self.com/facts/fruits-and-fruit-juices/7348/2
3. Yang J, Wang HP, Zhou L, Xu CF. Effect of dietary fiber on constipation: a meta analysis. World J Gastroenterol. 2012;18(48):7378–7383. doi:10.3748/wjg.v18.i48.7378
4. Eid N, Osmanova H, Natchez C et al. Impact of palm date consumption on microbiota growth and large intestinal health: a randomised, controlled, cross-over, human intervention study. Br J Nutr. 2015 Oct 28;114(8):1226-36. doi: 10.1017/S0007114515002780.
5. Alkaabi JM, Al-Dabbagh B, Ahmad S, Saadi HF, Gariballa S, Ghazali MA. Glycemic indices of five varieties of dates in healthy and diabetic subjects. Nutr J. 2011;10:59. Published 2011 May 28. doi:10.1186/1475-2891-10-59
6. Pham-Huy LA, He H, Pham-Huy C. Free radicals, antioxidants in disease and health. Int J Biomed Sci. 2008;4(2):89–96.
7. Essa MM, Akbar M, Khan MA. Beneficial effects of date palm fruits on neurodegenerative diseases. Neural Regen Res. 2016;11(7):1071–1072. doi:10.4103/1673-5374.187032
8. Subash S, Essa MM, Braidy N, et al. Diet rich in date palm fruits improves memory, learning and reduces beta amyloid in transgenic mouse model of Alzheimer’s disease. J Ayurveda Integr Med. 2015;6(2):111–120. doi:10.4103/0975-9476.159073

BACA JUGA  Adab menziarahi bayi baru lahir

 

JAGA PEMAKANAN, JAGA KESIHATAN, AMALKAN SUPLEMEN & BERSENAM.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular