Semalam berita kat TV3 citer pasal pharmaniaga akan bagi HAND SANITIZER percuma kepada mana-mana TADIKA & SEKOLAH RENDAH BERDAFTAR. Tahniah #pharmaniaga di atas usaha membantu komuniti. Kenapa hand sanitizer ni penting? Penting sebab hfmd ini merebak melalui sentuhan. Jadi apa yang kita sentuh, maka virus atau wabak tersebut akan terikut sekali. Jadi cucilah tangan dengan kerap dan betul. Terutamanya kanak-kanak yang berada di tadika, taska dan sekolah. Ini kerana kebiasaannya mereka berkongsi peralatan. Jadi apabila adanya hand sanitizer ini, maka virus hfmd itu dapat dikekang dari terus menular.

Kepada pengusaha tadika dan sekolah yang berdaftar bolehlah menghantar permohonan dengan menggunakan letterhead ke pharmaniaga melalui emel [email protected] Jangan berlengah lagi. Sediakan tempat pembelajaran dan penjagaan dalam suasana yang bersih.

Info: HFMD: Punca dan langkah pencegahan, Tips meningkatkan imuniti badan anak-anak

penyakit-tangan-kaki-mulut
Hand Sanitizer percuma dari Pharmaniaga

Di antara langkah yang boleh diambil untuk menghindari wabak hfmd adalah:

simpton-hfmd
Tanda-tanda hfmd boleh dilihat bintik-bintik di tangan dan kaki serta ulcer di mulut

  1. Jagalah kebersihan bersama.
  2. Jadikan amalan membasuh tangan sebagai satu keperluan. Ajar anak-anak kita supaya basuh tangan dengan betul dan kerap.
  3. Sediakan hand sanitizer di rumah, taska, tadika dan sekolah. Kalau keluar ke pasaraya atau buat outdoor activities tolonglah bawaklah sekali hand sanitizer atau wet tissue. Basic H Shaklee juga boleh digunakan sebagai hand sanitizer. Diperbuat dari ekstrak bahan organik, selamat dan berkesan untuk digunakan.
  4. Elakkan aktiviti luar buat sementara waktu.
  5. Tingkatkan sistem imuniti anak-anak anda. Jika dijangkiti hfmd, sistem imun anak-anak akan jadi lemah. Bantu mereka. Boleh berikan mereka multivitamin dan vitamin C. Shaklee pun ada menyediakan suplemen / produk untuk meningkatkan sistem imun anak-anak. Di antaranya:
  • vitalea for children – multivitamin yang membekalkan mineral dan zat yang diperlukan oleh anak-anak bagi menyokong kesihatan mereka.
  • mealshakes – mineral dan multivitamin untuk menyokong kesihatan dengan meningkatkan sistem pertahanan badan melawan penyakit. Juga dapat meningkatkan selera makan anak-anak.
  • omega – anti radang jadi dapat mengurangkan kegatalan serta melegakan ulser mulut.
  • herbal blend – kurangkan gatal dan mengeringkan bintik-bintik yang timbul.
BACA JUGA  HFMD: PUNCA DAN LANGKAH PENCEGAHAN
BACA JUGA  HFMD: PUNCA DAN LANGKAH PENCEGAHAN

6. Kuarantinkan anak-anak yang dijangkiti hfmd.

7. Jangan berkongsi tuala serta buang tisu dan pampers ke dalam tong sampah yang bertutup.

8. Bawalah anak anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjutan.

9. Menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk.

10. Galakkan anank anda untuk minum dengan kerap

More info: Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Bersama kita mengekang penularan virus hfmd. Semoga anak-anak kita dilindungi dari virus hfmd. Mari kita ikuti perkongsian tentang hfmd dari Dr Mohd Rizuan Ali.