HFMD: PUNCA DAN LANGKAH PENCEGAHAN

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

HFMD: PUNCA DAN LANGKAH PENCEGAHAN

Tolong jaga anak kita. Penyakit HFMD sedang mengganas! Jika anak anda mengalami demam panas, menjadi seorang yang cerewet secara tiba-tiba, sering menangis, air liur meleleh dan tidak berselera untuk makan dan minum, AWAS anak anda mungkin menghidapi HFMD. Perhatikan jika anak anda mempunyai tanda-tanda gejala HFMD, segeralah berjumpa dengan doktor.

Apa itu penyakit HFMD?

HFMD adalah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus. jangkitan ini, menyebabkan timbulnya ruam beserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin. Biasanya, ruam yang timbul akan hilang dalam tempoh 5 – 7 hari.
HFMD merupakan penyakit berjangkit tahap sederhana. Ia berjangkit dan merebak melalui sentuhan langsung dengan lelehan yang keluar dari hidung, tekak atau hingus dan najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini.
Kalau cairan ni semua kena pada meja, baby chair, pemegang pintu atau mainan, semuanya boleh jadi asbab dan punca penyakit kepada penyebaran wabak HFMD.
 
Dua benda paling penting yang WAJIB DIKAWAL pada anak kecil kita kalau dah kena HFMD ni adalah:
 
  1.  kawal suhu tubuh badan supaya tak terlampau tinggi dan 
  2.  kena jaga makan dan minum terutamanya keperluan air. Pastikan anak kita tak dehidrasi. 
Kalau anak dah kena HFMD penting untuk kita supaya kuarantin mereka. Ini kerana penyebaran wabak ini amatlah pantas sehingga mampu menjangkiti 5 orang budak yang lain. Kiranya kalau 1 orang yang kena dalam sebuah taska, dia mampu menjangkiti 5 orang kawan-kawannya.
gejala_hfmd
Tanda-tanda HFMD

Gejala-gejala HFMD:

  1. Kurang selera makan
  2. Demam
  3. Ruam pada bahagian kaki dan tangan
  4. Ulser yang banyak di dalam mulut

 

Faktor-faktor risiko jangkitan:

Penyakit HFMD boleh dijangkitit oleh mana-mana kanak-kanak tidak kira di kawasan mana pun. HFMD ini sering mneyerang kanak-kanak yang berusia lima tahun ke bawah kerana antibodi mereka yang masih lemah. Namun, tidak juga menolak kemungkinan jika HFMD menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira usia.
 

 Komplikasi

Komplikasi biasanya berlaku disebabkan oleh kekringan air di dalam badan atau dehidrasi apabila kanak-kanak yang mendapat ulser mulut tidak boleh makna dan minum. Virus entrovirus menyasarkan sistem saraf, otak dan jantung mangsa menyebabkan radang otak meningitis dan inflamasi serta keradangan otot jantung (miokarditis). Sawan juga boleh terjadi apabila suhu badan meningkat. Ini sangat merbahaya.
 
Diagnosis
Kebiasaannya doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal, melihat gejala HFMD dan sejarah penyakit. Ujian darah akan dilakukan di makmal khas bagi mengesahkan jenis virus yang terlibat.
 

Langkah Pencegahan untuk elak HFMD

1. Basuh tangan dengan teliti. 

     – Pastikan tangan dicuci dengan kerap dan teliti, terutamanya selepas              menggunakan tandas atau menukar lampin dan sebelum menyiapkan hidangan. Boleh juga gunakan sanitizer untuk membunuh kuman.
 

   2. Membersihkan kawasan sekitar.

– Jadikan kebersihan sebagai satu amalan hidup. Tidak kira di rumah ataupun di luar kawasan rumah. Pusat penjagaan kanak-kanak terutamanya perlu mengikut standard kebersihan yang ditetapkan oleh kerajaan. Barangan yang dikongsi seperti mainan, cawan dan pinggan hendaklah bersih kerana virus boleh hidup di objek ini selama beberapa hari. Bersihkan juga puting kosong bayi (pacifier) dan botol susu anda dengan lebih kerap.

  3. Didik dan terapkan anak anda dengan nilai kebersihan.

– Tunjukkan bagaimana cara mereka perlu menjaga diri agar sentiasa bersih. Jelaskan kepada mereka mengapa amalan meletakkan jari, tangan atau benda lain dalam mulut mereka adalah perkara yang tidak elok.

 4.Mengasingkan anak anda dari orang yang dijangkiti HFMD.

– Oleh kerana penyakit tangan-kaki dan mulut (HFMD) sedang menular, orang yang dijangkiti HFMD perlu dikuarantinkan. Anak kita juga digalakkan supaya diasingkan dari orang yang dijangkiti HFMD. Ini kerana, wabah HFMD amat mudah merebak dan menjangkiti orang disekeliling.

5. Tingkatkan imuniti anak-anak.
 
Sekian entri kali ini. Semoga bermanfaat kepada semua.
 
 
“Trusted online seller”
Fatin Hamzah 0175438337
Pengedar Shaklee Meru Klang
AlFAtehBiz founder

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

2 thoughts on “HFMD: PUNCA DAN LANGKAH PENCEGAHAN”

Leave a Comment

Related Posts