HARGAI SETIAP DETIK BERSAMA YANG TERSAYANG

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Bila anak2 merengek dan buat hal, kadangkala amarah tu datang jugak. Aku lupa, mungkin suatu masa dahulu aku jugak begitu.

Hari bersama anak-anak tidak mungkin dikembalikan. Masa kecil mereka tidak mungkin berulang. Anak-anak semakin membesar dan kita pula semakin tua.

 

Jadi ibu bapa ni kena banyak bersabar dan galilah ilmu parenting. Pernah dengar pasal tantarum? ?Ha elok baca entri ni?

Bila tengok keadaan emak yang tak sihat, aku sedih. Bila mak mula marah dan membebel, aku sedih jugak ???Mungkin itulah aku pada masa tuaku. Usia emak makin meningkat. Bila-bila masa sahaja. Kita pun sama, kena sentiasa bersedia. Ajal, Maut, Jodoh dan Pertemuan semuanya ditangan Allah swt. Emak adalah segala-galanya. Doanya sentiasa mengiringi perjalanan setiap anak-anaknya. Terima kasih mak di atas segala pengorbanan dan penat lelah membesarkan aku.

Abah seorang yang soft-spoken dan jarang marah. Selalu memberi nasihat. Kalau kitaorang nak keluar rumah atau ditinggalkan di rumah, ini adalah di antara pesanan arwah abah:
“jangan main api”
“jangan main sungai”
“jangan lupa sembahyang”
“jangan inke sangat” (ingke=terlalu suka atau gembira)

“nak seberang jalan, jangan lupa tengok kiri dan kanan”.

Ketika itu aku hanya tersenyum dan dalam hati berkata2 banyak beno pesanan abah ni ?. Kadang-kadang tak ambik pusing sangat pesanan abah tu. Tak sangka abah pergi tiba-tiba dan begitu sahaja. Tiada sebarang tanda. Walaupun dah lebih 15 tahun abah meninggalkan kami, tapi rindu pada abah tak pernah pudar. Kadangkala penyesalan itu timbul kerana tidak menghargai masa yang Allah peruntukan ???. Doaku agar abah di tempatkan bersama dalam kalangan orang yang beriman dan syurga Firdaus untuknya. Aamiin.

BACA JUGA  KELEBIHAN PERNIAGAAN INTERNET

Hargailah masa yang ada bersama yang tersayang. Tidak kira masa bersama anak-anak, suami mahupun ibu bapa. THE BIG WHY aku join SHAKLEE ni pun kerana famili. Mahu tingkatkan kesihatan dan bantu kewangan famili. Semoga suatu hari nanti cita-citaku untuk jadi WAHM akan tercapai. Aku ingin melihat dan membesarkan anak-anak di depan mata. Cabaran dunia sekarang, kadang-kadang mnyesakkan malah menakutkan. Semoga anak-anakku sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t.

Fatin Hamzah
Trusted SID 1094300
#UmmiSihat
Ummi yang kecik molek tapi berjiwa besar.
Bantu mereka yang memerlukan.
I am big CP supporter ???

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

6 thoughts on “HARGAI SETIAP DETIK BERSAMA YANG TERSAYANG”

Leave a Comment

Related Posts