Thursday, June 30, 2022
HomeFamilyGangguan dalam rumahtangga

Gangguan dalam rumahtangga

spot_img

Pernah tak korang rasa asyik nak marah je bila masuk rumah. Atau rasa rimas dan panas je dok dalam rumah? Ada terpikir tak wujudnya gangguan dalam rumahtangga?

Ada orang kata biasalah adat berumahtangga. Sedangkan lidah boleh tergigit. Tapi kalau selalu berantakan mungkin ada sesuatu yang tak kena. Sama ada diri kita sendiri mahupun pasangan. Cuba selidik. Saya share semula artikel yang dibaca…

Berikut adalah beberapa petanda andai ada gangguan dalam rumahtangga oleh iblis Dasim

1. Suasana rumah tangga tidak harmoni dan penuh dengan emosi negatif seperti suami isteri mudah marah tanpa sebab.

2. Suami atau isteri sering berfikiran negatif terhadap pasangan selain berasa was-was, ketakutan serta curiga apabila pasangan di luar rumah.

3. Berlaku maksiat di dalam rumah seperti gemar menonton pornografi tanpa rasa segan atau pun liat melakukan ibadat serta pasangan bersikap malas sehingga keadaan rumah tangga terbiar.

4. Solat tidak khusyuk juga boleh menjadi petanda gangguan Dasim seperti terlupa rakaat solat dan perkara itu berlaku berulang-ulang.

Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, bahwa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda (maksudnya): “Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian mengutus bala tenteranya. Maka yang paling dekat dengannya adalah yang paling besar fitnahnya. Datanglah salah satu dari bala tenteranya dan berkata. “Aku telah melakukan begini dan begitu”. Iblis bekata, “Engkau sama sekali tidak melakukan apa-apa”.

BACA JUGA  Multivitamin untuk kanak-kanak: Hero Kiddo

“Kemudian datang yang lain dan berkata; “Aku tidak meninggalkannya hingga aku berhasil memisahkan dia dan isterinya.” Maka iblis mendekati dan berkata; “Sunggah hebat (syaitan) seperti engkau.” – [HR Muslim].

Amalan yang boleh kita lakukan bagi mengelak daripada termakan hasutan dan gangguan Dasim adalah

1. Apabila timbul salah faham dengan pasangan jangan dipanjangkan dengan bermasam muka sebaliknya belajar untuk segera memohon maaf.

2. Setiap kali menikmati makanan cuba amalkan membaca doa, terapkan dalam diri anak-anak agar menjadi kebiasaan bagi mengelak gangguan Dasim ketika makan.

3. Apabila sedang marah, seseorang perlu mengucap dua kalimah syahadah, beristighfar serta asingkan diri seketika untuk bertenang selain redakan api kemarahan itu dengan mengambil wuduk dan melakukan solat sunat dua rakaat.

4. Sentiasa berdoa kepada Allah selepas solat untuk minta dijauhkan daripada pengaruh jahat dan bisikan Dasim.

5. Bilik kosong dalam rumah jangan dibiarkan terutamanya yang mempunyai katil dan selimut. Ini kerana jin atau iblis suka menyorok dalam selimut. Rasulullah juga pernah berpesan agar kita ketuk serta libas selimut serta bantal sebelum naik ke atas katil. Selain melakukan solat dan berzikir di dalam bilik yang tidak berpenghuni.

6. Amalkan membaca surah Yasin dan al Quran di dalam rumah serta memberi salam dan berdoa ketika masuk ke dalam rumah iaitu; Assalaamu’alaina wa’ala ‘ibaadillaahish shoolihin. (Semoga salam sejahtera tercurah kepada kami dan hamba-hamba Mu yang soleh).

BACA JUGA  20 tahun akan datang???

Moga kita semua terhindar dari bisikan syaitan dan iblis.

Ya-Allah, Ya Rahman, Ya Rahim… berkati dan rahmatilah rumahtangga kami. Aamiin Ya Mujiib.

Anak-anak-permata-rumahtangga
Rumahtangga bahagia anak-anak pun gembira

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular