Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu:

1. Apabila meninggal dunia ayah kamu, maka matilah pimpinan dan nasihatnya.

2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya.

3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yang dikongsi bersama.

4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya.

5. Apabila meninggal dunia adik-adik kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya.

6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya.

7. Apabila meninggal dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya.

“Ketahuilah…. hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan”.

Maka:

“senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yg menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu, bila kita akan berangkat ‘ meninggalkan’ dunia yang fana ini”.

Andai kamu melihat kanak-kanak yg sedang bermain, itulah masa silam kita.

Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat, maka, itulah masa depan kita.

Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita didunia ini.

Bekerja itu adalah satu ibadah. Betulkan niat kita bekerja hanya kerana Allah sw.t

BACA JUGA  AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

Sekadar peringatan untuk diri sendiri.
??????
Fatin Hamzah
Pengedar Shaklee Meru Klang

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Leave a Comment

Related Posts