Biodata Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Dalam kita asyik membaca biodata-biodata figura terkenal, Ustaz-ustaz, artis, pemain bola, dan ahli politik serta Menteri-menteri. Kali ini saya akan menceritakan tentang perkara yang wajib kita baca iaitu tentang Biodata Muhammad Rasulullah S.A.W.

BIODATA MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W.

Nama : Muhammad Bin Abdullah

Bapa : Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Murrah.

Ibu : Aminah binti Wahab bin Abd. Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah

Nenek Sebelah bapa : Fatimah binti Umar Al-Makhzumiyah

Nenek Sebelah Ibu : Burrah binti Abd Uzza bin Usman bin Abdul Dar bin Qusay bin Murrah.

Tarikh Lahir : Isnin, sebelum terbit matahari, 12 Rabiul Awal tahun ke 53 sebelum hijrah/ 570 masihi.

Tempat lahir : Makkah Al-Mukarramah berhampiran Bukit Sofa (Rumah Abu Talib) Tempat tersebut telah dibangunkan sebagai perpustakaan Makkah dan masih wujud sehingga sekarang.

Tarikh diangkat menjadi Nabi : 27 ramadhan tahun ke 13 sebelum hijrah / 609 masihi bertempat di Gua Hira’ Makkah Al-Mukarramah

Jantina : Penghulu lelaki

Agama : Penghulu Agama Islam

Pekerjaan :

  1. Pengembala Kambing
  2. Berniaga sehingga umur 40 tahun
  3. Bertugas secara rasmi sebagai Nabi dan Rasul ( Menyampaikan Risalah Allah.

Tanda Istimewa : Cop kenabian di antara dua bahu yang sentiasa di naungi oleh bayangan awan kemana sahaja Baginda pergi.

Sifat- sifat : Wajah putih bersih berseri atau bercahaya, Mata Berwarna Hitam, Rambut hitam, Ketinggian sederhana dan dada bidang.

Nama Bidan : Shifa’ Binti Auf (Ummu Abd Rahman)

Nama Penjaga : Ummu Ainan

Nama Penyusu :

  1. Tsuwaibah Al-Aslamiyah
  2. Halimah Bin Dzuaib As- S’diyah

Keistimewaan : Rahmat sekalian Alam

Wafat : Isnin, sebelum tengahari, 12 Rabiul Awal tahun ke 11 Hijrah @ 632 Masihi di Madinah.

BACA JUGA  ANTARA PENYEBAB HILANG KEBERKATAN DAN REZEKI DALAM KELUARGA.

 

10 AMANAT TERAKHIR MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W

Khutbah terakhir Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W

  1. Menjaga jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanat suci
  2. Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu
  3. Mengingati hari kematian dan hari pembalasan
  4. Riba’ adalah di haramkan di sisi Islam
  5. Berwaspada terhadap godaan syaitan demi keselamatan agama Islam walaupun didalam hal-hal kecil
  6. Menjaga keharmonian suami isteri
  7. Mengharamkan zina
  8. Sempurnakan lima rukun Islam
  9. Mengekalkan ikatan silaturrahim sesama Islam
  10. Berpegang Teguh kepada Al-Quran dan Sunnah

“9 zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah”

 

PERKARA-PERKARA YANG KHUSUS BAGI NABI MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W

  1. Musuh merasa takut sebelum menemui Rasulullah S.A.W dalam jarak tempoh sebulan.
  2. Rasulullah S.A.W dianugerahkan kefasihan dalam berbicara
  3. Terpelihara daripada dosa
  4. Keluarga dan keturunannya di larang menerima zakat dan sedekah
  5. Di antara kedua bahunya ada tanda kenabian
  6. Qiamulail diwajibkan baginya
  7. Saat matanya terpejam,hatinya tetap terjaga. Tidak membatalkan wudu’
  8. Janda Rasulullah s.a.w dilarang dinikahi oleh sesiapa
  9. Allah mengizinkannya menikahi wanita melebihi empat orang
  10. Pemimpin Bani Adam, penutup para Nabi dan Allah mengutuskannya kepada seluruh umat manusia.

3 SIFAT BAGI NABI MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W

1 : SIFAT WAJIB

  1. Shiddiq (Benar)
  2. Amanah (Dipercayai)
  3. Tabligh (Menyampaikan)
  4. Fathonah (Bijaksana)

2 : SIFAT MUSTAHIL

  1. Khianat (Berbuat curang)
  2. Kizbun (Pendusta)
  3. kitman (sembunyikan wahyu)
  4. Jahlun (Bodoh)

3 : SIFAT HARUS

Memiliki sifat seperti manusia biasa

 

BINATANG KESAYANGAN NABI MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W

  1. Keldai 4 ekor : keldai kesayanganNya bernama DUL DUL
  2. Unta 20 ekor : Unta kesayanganNya bernama ATBA
  3. Kuda 20 ekor : Kuda kesayanganNya bernama YA’ATUF
BACA JUGA  Bertenaga dengan Cinch Tea Mix

 

9 PEDANG NABI MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W

  1. AL MA’THUR : Juga dikenali sebagai Ma’thur Al Fijar adalah pedang yang di miliki  oleh Nabi Muhammad S.A.W sebelum baginda menerima wahyu yang pertama di Mekah. Pedang ini diberi oleh ayahandanya dan dibawa ketika hijrah dari Mekah ke Madinah sehingga akhirnya Rasulullah S.A.W berikan bersama-sama peralatan lain kepada Ali bin Abi Talib. Sekarang pedang ini ada di muzium Topkapi, Istanbul. berbentuk blade dengan panjang 99cm. Pegangannya dibuat daripada emas dengan bentuk berupa 2 ular dengan berlapiskan emiralds dan firus. berhampiran dengan pegangan itu terdapat kufi ukiran tulisan arab berbunyi: ‘Abdullah bin Abd Mutalib.’
  2. AL ‘ADB : bererti memotong atau tajam. Pedang ini dikirim kepada para sahabat Nabi Muhammad s.a.w ketika sebelum perang badar. Baginda menggunakan pedang ini di perang Uhud dan pengikut-pengikutnya menggunakan pedang ini untuk menunjukkan kesetiaan kepada Nabi Muhammad s.a.w. sekarang pedang ini berada di kairo Mesir.
  3. DZU AL FAQAR : Sebuah pedang Nabi Muhammad s.a.w sebagai hasil rampasan pada waktu perang badar. Dan dilaporkan bahwa Nabi Muhammad s.a.w memberikan pedang ini kepada Ali bin Abi Talib yang kemudian Ali r.a mengembalikannya ketika Perang Uhud dengan bersimbah darah daripada tangan dan bahunya, dengan membawa dzu al faqar di tangannya. Banyak sumber mengatakan pedang ini milik Ali bin Abi Talib dan keluarga. Berbentuk blade dengan dua mata.
  4. AL BATTAR : Sebuah pedang Nabi Muhammad s.a.w  hasil rampasan dari Bani Qaynaqa. Pedang ini disebut sebagai pedangnya para Nabi dan di dalam pedang ini terdapat ukiran tulisan arab yang berbunyi “Nabi Daud A.S, Nabi Sulaiman A.S, Nabi Muhammad S.A.W”.
  5. QAL’I : pedang ini dikenali sebagai Qal’i atau Qul’ay. Di dalamnya terdapat ukiran bahasa arab yang berbunyi ” Ini adalah pedang mulia dari rumah Nabi Muhammad S.A.W Rasul Allah”.
  6. AL QADIB : Berbentuk blade tipis sehingga dikatakan mirip dengan tongkat. Ini adalah pedang untuk pertahanan ketika musafir. Tidak digunakan untuk peperangan. ditulis di samping pedang berupa ukiran perak berbunyi kalimah syahadah.
  7. AL RASUB : Ada yang mengatakan pedang ini dijaga dirumah Nabi Muhammad s.a.w oleh keluarga dan sanak saudaranya. tertulis dengan tulisan arab berbunyi “Ja’far Al Sadiq”.
  8. AL MIKHDAM : mempunyai ukiran tulisan arab yang berbunyi ” Zayn Al Din AL Abidin”.
  9. HATF : Adalah salah satu buatan Nabi Daud yang menyerupai pedang Al Battar
BACA JUGA  AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

 

NAMA ISTERI-ISTERIN NABI MUHAMMAD S.A.W

  1. Siti Khadijah  binti Khuwailid r.h
  2. Saudah binti Zam’ah r.h
  3. Aisyah binti Abu Bakar r.h
  4. Hafsah binti Umar r.h
  5. Zainab binti Khuzaimah r.h
  6. Ummu Salamah Hindun binti Abu Umayyah r.h
  7. Zainab binti Jahsy r.h
  8. Juwairiyah binti Al-Harith r.h
  9. Safiyyah binti Huyai r.h
  10. Ummu Habibah binti Ramlah binti Abu sufiyan r.h
  11. Maimunah binti Al-Harith r.h
  12. Mariah binti Sham’un r.h

 

ANAK-ANAK NABI MUHAMMAD S.A.W

  1. Zainab r.h
  2. Al-Qosim r.a
  3. Ruqayyah r.h
  4. Ummu Kalthum r.h
  5. Fatimah (Az-Zahra) r.h
  6. Abdullah r.a
  7. Ibrahim r.a

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Leave a Comment

Related Posts