Alhamdulillah, percutian yang dinantikan untuk famili ditunaikan jugak pada 4 Januari 2021. Beli voucher dari bulan Oktober 2020. Konon nak sambut birthday suami dan anniversary tahun lepas, tak kesampaian sebab pandemik covid. 3 kali tunda dan tukar tarikh. Perancangan Allah swt itu yang terbaik kan.
Latar belakang Avani Sepang Goldcoast
The resort edges Sepang’s 22 kilometre shore along Malaysia’s south western coastline, and is surrounded by the shallow warm waters of west coast Peninsular
Malaysia. Making the most of our tropical coastal location, lush gardens lead to a sandy beach, as well as an over water palm that stretches over tranquil water,
giving all our guests wonderful space and freedom. READ MORE…
Kenapa pilih Avani Sepang Goldcoast?
Memang pilih short vacation di tempat yang dekat sebab keadaan semasa dan tugas sebagai student dah bermula. Don’t play too much gitew. Master by research bukan mudah tapi tak mustahil untuk disiapkan.
Memang minat nak pergi ke sini semenjak tahun 2018 lagi kalau tak silap, asbab dapat interview dengan student poli yang buat intern kat Avani Sepang Goldcoast.
Dia present tunjuk gambar-gambar kat situ punyalah best kan. Tapi harganya masa tu bole gigit jari je la. Mujur kawan sekolah Fini Ahmad Zaini ada up post kat fb untuk voucher. Dapat mur mur tu. Yahoo. Jadi, nekad untuk menabung. Once in a life time kan. Grab je. Korang kalau nak voucer hotel yang mur mur boleh contact dia okeh. Trusted agent! Pergi je kat fb nye https://www.facebook.com/finizaini
Konsep nak beli voucher ni pun kena paham. Grab now, stay later. Jadi dapat harga lebih murah dan kita boleh pilih date yang kita nak. Jangan pulak piyem hari Rabu, weekend ni jugak nak beli. Haru weh hihi. Kalau dapat tu kira rejeki lah kan. But for me, better plan elok-elok. Jangan tetiber jer.
Ok berbalik kepada short vacation kita, meh le che fatin nak khabor a.ka.a review skit..
Kitaorang check in pada 4 Januari 2021. Dari rumah ke Avani makan masa dalam satu jam 30 min. la jugak. Anak-anak excited sebab dah tunjuk gambar hotel tepi pantai kat youtube. Deme memang suka kalau bab pantai dan sungai ni. Jadi jenuh nak menjawab sepanjang perjalanan..
“Ummi, jauh lagi ke nak sampai”
“Ummi, kenapa lama sangat”
“Ummi, mana hotel nya”
Haha layankan je. Sampai dorang tertidur. Bila tiba kat depan hotel, kejutkan semuanya celik mata tak sabar nak turun kereta.
Check in hari Senin ingatkan orang tak ramai, rupa-rupanya nunggu jugak la dalam 45 minit. Hehe ramai hoooi. Nak masuk bilik naik “buggy”. Bulat mata anak-anak “yahoo kita naik bas lah ummi”
Lepas minum petang, dalam 5.30 petang kita jalan-jalan ke pantai. Nak tengok sunset kunon2 hahaha. Air laut tengah surut masa sampai. Dekat nak pukul 7 malam, air start naik. Selemuih kasut. Pasir pantainya macam berselut. Macam geli, tapi anak-anak suka la pulak 🙂
Naik ke bilik dah maghrib. Solat, rehat dan prepare untuk makan malam. Jangan tak tahu, kita bawak bekal siap-siap dari rumah. Malas nak keluar mencari makan. Sebabnya memang cadang datang sini nak rehat jer.
Pemandangan senja di Avani Sepang Goldcoast
Pemandangan senja di Avani Sepang Goldcoast
Lepas makan malam, anak-anak layan citer katun sambil layan pemandangan laut di waktu malam. Sejuk, nyaman dan tenang.
Berehat di bilik Avani Sepang Goldcoast. Bawak sekali nutriferon. Sebab kita jumpa ramai orang kan. Jadi antibodi perlu ditingkatkan.
Bila anak-anak dah bertenang dan ada aktiviti sendiri, Che fatin pun amik masa sejam dua buat assignment sikit. Cari info. Mujur wifi kat Avani sangat mantap ooo. Berdesup cik gugel bekerja 🙂 Terbaik.
Pemandangan di waktu malam di Avani Sepang Goldcoast
Waktu malam nampak lampu-lampu je la. Tapi angin laut tu memang best.
Dalam jam 1 pagi baru off semuanya beradu. Letih dan seronok la tu.
Aktiviti 5 Januari 2021:
Waktu pagi, kita amik angin laut sambil dapat free vitamin D
Waktu pagi, kita amik angin laut sambil dapat free vitamin D
Jangan lupa pakai youth skincare terutama moisturizer. Boleh elak sunburn..
Ok itu sahaja sharing pada kali ini. See you in my next entry. Support dan komen blog che fatin hamzah ni ye. Thank so much luangkan masa membaca entri ni. Assalamualikum. Bye bye…:)
Wanita adalah tulang belakang keluarga. Sempena hari IBU sedunia, maka hari ni saya nak share link yang mungkin berguna kepada wanita Islam di Malaysia...
Ada ke adab ketika menziarahi bayi baru lahir?
Mestilah ada...jom kita kongsikan.
Apabila mendapat berita tentang kehadiran orang baru iaitu bayi baru lahir mesti kita rasa...
10 Fakta Tentang Kelahiran Yang Patut Kita Tahu1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu...
Cara atasi anak lambat bercakap di rumah.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entri sebelum ini adalah mengenai 5 SEBAB ANAK LAMBAT BERCAKAP. Hari ini saya akan kongsikan bagaimana cara...
Melawat Bukit Malawati Kuala Selangor
Assalamualaikum.
Hari ini 1 Mei 2018 merupakan cuti umum iaitu Hari Buruh/Pekerja Sedunia. Hari ini juga merupakan Nisfu Syaaban - 15...
Wow best nyer. Tq yer info…terbaikkk
Sama2. Tq
Terima kasih fatin sebab sudi berurusan dgn saya utk voucher AVANI SEPANG GOLD COAST. Sangat menghargai
Ye sama2. Tq jugak up post ttg Avani . Mujur sempat grab voucher
bestnyer
Ye best. Sekali sekala tukor angin
Wahhh, lepas ni boleh la bawa family pergi bercuti dekat sini😍😍😍
Yes, highly recommended 😀