Tazkirah dan Motivasi Diri

Bencana tidak semestinya mendatangkan hidayah kepada manusia

0

 

Tazkirah ringkas

“Bencana tidak semestinya mendatangkan hidayah kepada manusia” kata Ustaz Idris Ahmad dalam kuliah zohor beberapa minggu yang lalu.

Saya dan para jemaah yang lain terus khusyuk mendengar syarahan ustaz yang sedang membicarakan tentang hidayah Allah.

“Lihat sahaja bencana Tsunami yang pernah berlaku di Aceh dahulu. Teramat besar mengorbankan manusia dan harta benda. Sehinggakan bencana itu pula sampai ke Malaysia dan Thailand. Phuket antara pusat tarikan pelancong yang terjejas teruk. Tetapi berapa lama mereka menangisi tragedi yang amat tragis itu? Sebulan? Dua bulan? Hari ini kita lihat mereka beroperasi seperti sediakala. Umpama tidak pernah berlaku apa apa kebinasaan. Mereka tetap dengan penganjuran perkara perkara maksiat dan mungkar sedangkan dahulu Allah telah mengazab sebahagian daripada mereka” Ustaz menerangkan tentang kata katanya diawal tadi.

Kami mengangguk angguk tanda faham.

“Kerana itu, sekali pun Allah mendatangkan bencana kepada manusia, belum tentu semua manusia yang menyaksikan bencana itu akan sedar lalu mencari hidayah Allah”.

Kebanyakkan mereka hanya merasai kesian dan sedih yang sementara, lalu menyambung semula maksiat dan kemungkaran yang mereka sering lakukan” sambung ustaz lagi.

Di saat ini kita digemparkan dengan kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda di sebahagian tempat di Sulawesi. Bukan sedikit yang kita boleh saksikan gambar dan video bencana yang berlaku di sana.

Ramai yang perihatin dan sedih dengan apa yang berlaku tetapi sejauh mana ia menyedarkan kita tentang azab yang menimpa saudara kita di Sulawesi itu?

Apakah cukup dengan bersedih, share gambar dan video di laman sesawang dan bercerita dengan kawan kawan tentang bencana itu sedangkan masjid surau masih tidak dikunjungi, majlis majlis ilmu masih dihadiri oleh orang orang yang sama, solat masih dilewat lewatkan bahkan tidak dilakukan, kemungkaran dan maksiat masih seronok dilakukan?

Benarlah kata ustaz, “bencana tidak semestinya mendatangkan hidayah kepada manusia” Wallahu’alam.

Dipetik dari Telegram Tazkirah Ringkas

#AkhiAdifGorment
3 October 2018

Kenapa vivix menjadi pilihan ramai

Previous article

Penjagaan Kulit Wajah Terbaik dari Youth Shaklee

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *