Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Apabila berbicara tentang hari yang mulia ini, pastinya akan terlintas difikiran tentang ibadah qurban yang dijalankan oleh umat Islam seluruh dunia serta sejarah ibadah qurban yang bermula pada zaman Nabi Ibrahim A.S. iaitu ketika peristiwa penyembelihan anaknya Nabi Ismail A.S. yang telah digantikan dengan seekor kambing dengan kuasa Allah S.W.T.
Ibadah qurban ini telah disyariatkan pada tahun ke-2 Hijrah. Mengikut istilah fiqh, qurban (al-udhiyah) bermaksud menyembelih haiwan tertentu sama ada unta, lembu atau kambing dengan niat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, pada waktu tertentu iaitu bermula setelah selesainya Solat Hari Raya ‘Eidul Adha (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyriq (11,12 & 13 Zulhijjah) kerana beribadah kepada Allah S.W.T., iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Ibrahim A.S. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Terdapat banyak dalil daripada Al-Quran, Hadis dan Ijma’ tentang pensyariatan ibadah qurban ini. Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat berkaitan ibadah qurban antaranya firman Allah S.W.T. di dalam surah al-Kautsar ayat 2 bermaksud;
“Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah (qurban) sebagai (tanda) bersyukur”.
Firman Allah S.W.T. lagi di dalam surah al-Hajj ayat 36 bermaksud;
“Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur”.
Selain daripada itu, terdapat juga hadis-hadis Nabi S.A.W yang menjadi dalil akan pensyariatan ibadah qurban. Antaranya sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Tidak ada satu amalan anak Adam pada hari Nahar (Hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih binatang qurban), kerana ia (binatang qurban) itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah qurban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang qurban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu perelokkan olehmu niat serta binatang yang diqurbankan.”
PKP susah nak berkorban? Jangan risau saya sharekan link untuk ibadah Qurban secara atas talian. In sha allah diyakini. Tapi, jika rasa was-was boleh semak website organisasi berkenaan. Tengok jugak reviewed customer dan siapa duta yang telah dilantik ok. Ini adalah di antara organisasi yang boleh kita join. Semoga bermanfaat.
Dikongsikan juga di antara amalan yang boleh dilaksanakan sebelum menjelang Hari Raya Qurban.
INTRO 10 sunnah ZulhijjahSunnah 10 awal zulhijjah_1Sunnah 10 awal zulhijjah_2
Sunnah 10 awal zulhijjah_3Sunnah 10 awal zulhijjah_4Sunnah 10 awal zulhijjah_5Sunnah 10 awal zulhijjah_6Sunnah 10 awal zulhijjah_7Sunnah 10 awal zulhijjah_8Sunnah 10 awal zulhijjah_9Sunnah 10 awal zulhijjah_10