Saturday, December 5, 2020
HomeMotivasiANTARA PENYEBAB HILANG KEBERKATAN DAN REZEKI DALAM KELUARGA.

ANTARA PENYEBAB HILANG KEBERKATAN DAN REZEKI DALAM KELUARGA.

ANTARA PENYEBAB HILANG KEBERKATAN DAN REZEKI DALAM KELUARGA adalah:

1. Penyebab hilang keberkatan dan rezeki dalam keluarga: Sering bergaduh

Usahlah bergaduh sesama suami isteri, lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah rezeki akan disekat.

2. Penyebab hilang keberkatan dan rezeki dalam keluarga: Merungut dan merasa anak-anak sebagai beban.

Berikanlah kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki Allah SWT. Namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan rasa terbeban.

3. Penyebab hilang keberkatan dan rezeki dalam keluarga: Selalu mengeluh sesama suami isteri dengan apa yang tidak dimiliki.

Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sedikit kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah.

4. Penyebab hilang keberkatan dan rezeki dalam keluarga: Kikir dengan pasangan dan anak-anak.

Jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan dan faham sesama pasangan kerana rezeki yang Allah SWT beri adalah untuk dikongsi bersama.

5. Penyebab hilang keberkatan dan rezeki dalam keluarga: Gagal mengawal emosi dan amarah.

Jangan meninggikan suara dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan yang penuh mesra.

BACA JUGA  Kemaruk kepada Kebendaan Duniawi
BACA JUGA  AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

6. Penyebab hilang keberkatan dan rezeki dalam keluarga: Kurang sabar.

Bersabarlah dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik. Banyakkan bersabar kerana sabar itu membawa keberkatan dan rezeki.

7. Penyebab hilang keberkatan dan rezeki dalam keluarga: Kurang berdoa.

Sentiasalah mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa.

Kredit: FORMULA TARIK REZEKI

#islamitu_indah
T.me/nab_formulatarikrezeki

 

Keberkatan_dalam_rumah_tangga
Keberkatan dalam rumah tangga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Kelesuan Adrenal: Punca dan Cara Atasi

Adrenal fatigue?Kelesuan Adrenal? Pernah dengar tak tentang perkataan tu? Mungkin anda juga mengalaminya tapi tak tahu itu adalah masalah kelesuan Adrenal kan.Jom kita ikuti sedikit rumusan...

Vitamin untuk keperluan badan

Assalamualaikum semua. Salam Jumaat penuh barokah. Topik kita hari ini adalah...Mengapa Vitamin penting untuk keperluan badan Sedikit perkongsian ilmu vitamin asas saya share untuk korang...

Formula Menjemput Rezeki

Formula Menjemput Rezeki : (copy & paste) 1. DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha...

Pengalaman bersalin di Hospital Shah Alam 2020

Kahwin di usia yang lewat Che Fatin mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan keluarga di usia 29 tahun. Masa tu masih berkhidmat di Sabah Negeri Di...