Episiotomi adalah prosedur melibatkan potongan yang dilakukan menggunakan gunting khas di kawasan perineum. Potongan tersebut mungkin dilakukan di garisan tengah atau menyerong dari kawasan luaran faraj hingga ke punggung.
Ia proses yang tidak menyakitkan bagi sesetengah orang. Tetapi pengalaman saya semasa bersalin anak yang pertama, ianya sangatlah menyakitkan! Ditambah pulak apabila miss V kita tu bengkak kan. Aduh! Ngeri bila diingat-ingatkan.
Proses pemulihan luka episiotomi ini mengambil masa yang lama dan terpaksa dilalui dengan penuh kesakitan sehinggakan kita sukar nak duduk, berjalan, membuang air kecil dan besar.
Bagaimanapun, kini episiotomi tidak lagi menjadi sebahagian rutin proses bersalin. Ini kerana kajian menunjukkan episiotomi tidak sepatutnya dilakukan tanpa alasan yang kukuh. Apatah lagi ia meningkatkan kesakitan perineal sepanjang tempoh berpantang, menimbulkan masalah ketika membuang air besar jika episiotomi di garisan tengah dilakukan dan menyebabkan masalah tumpah darah (post-partum hemorrhage).
Demonstrasi video semasa proses kelahiran bayi
Faktor yang menyebabkan anda disarankan menjalani episiotomi iaitu :
1. Bahu bayi tersekat.
2. Bayi bersaiz besar.
3. Otot perineal yang keras dan tidak anjal.
4. Koyakan yang bakal dialami dikhuatiri melibatkan dubur hingga boleh meningkatkan risiko jahitan kepada ibu.
5. Timbul masalah stress kepada bayi ketika proses meneran.
Proses Episiotomi
Di antara langkah yang boleh dilakukan untuk mempercepatkan penyembuhan luka bersalin ini adalah:
1. Letakkan pek ais pada luka yang dijahit. Ais akan menyebabkan kawasan di sekitar luka menjadi ‘rasa kebas’ dan ini mengurangkan sakit serta mengurangkan bengkak.
2. Rendamkan punggung ke dalam basin yang berisi air suam dan campurkan sedikit larutan antiseptic bagi membasuh kekotoran di sekitar luka.
3. Jika berpeluang bersendirian dalam bilik, dedahkan luka agar mudah keringkan. Untuk itu pastikan kipas dibuka untuk memastikan peredaran udara yang baik.
4. Jangan duduk atau berdiri untuk tempoh yang terlalu lama. Luka yang sedang sembuh mudah membengkak apabila seorang wanita tidak cukup rehat atau berbaring terlalu lama. Cuba sesekali bangun dan berjalan perlahan-lahan bagi menggalakkan pengaliran darah yang baik. Ini dapat mempercepatkan proses penyembuhan.
5. Jika luka kelihatan berair atau mengeluarkan air yang jernih, boleh masukkan kain kasa yang bersih ke tempat yang luka. Jika kering dan tidak berair, tidak perlu dimasukkan kain kasa. Jika kawasan itu mengeluarkan lendiran yang berbau busuk atau nanah atau darah, harus berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
6. Jika rasa sakit dan tidak selesa atau mungkin rasa demam, bolehlah menelan ubat Paracetamol 500mg setiap enam jam. Jika tidak mengalami sakit, ubat perlu dielakkan terutama jika menyusukan anak.
Luka episiotomi dijangka akan sembuh di antara 2 minggu hingga sebulan. Benang jahitan pada luka tidak perlu ditanggalkan oleh doktor kerana ia akan tanggal sendiri. Jika luka masih tidak sembuh selepas sebulan atau mengeluarkan nanah, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.
Jika tidak pasti sama ada luka telah sembuh atau tidak, boleh berjumpa doktor untuk pemeriksaan setelah habis waktu pantang atau selepas enam minggu dari waktu melahirkan anak.
Bagaimana VIVIX boleh membantu mempercepatkan luka bersalin?
Vivix adalah sumber anti-oksidan. Ia mempunyai kandungan resveratrol yang tinggi dan dapat membantu dalam penyembuhan luka kepada para ibu.
Vivix juga membantu dalam membaiki sel-sel hingga ke peringkat DNA lagi. Ia akan menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat dan panjang jangka hayatnya. Jadi, luka kita yang kita tak nampak tu akan cepat sembuh dengan Vivix serta dengan izinNya juga.
Dalam kandungan Vivix juga, terdapat penjana tenaga yang dipanggil Mitochondria. Mitochondria membantu memberi tenaga yang para ibu perlukan semasa berpantang. Jadi para ibu akan rasa lebih cergas dan sihat.
Sia anak pertama juga sgt mengerikan disebabkan selalu guna pencuci miss v tlah jadi nipis..koyak dia xcantik kena tmbshblg episiotomi.. Lambat tau pula kebaikan vivix..its ok nx anak pasti amalkan vivix smasa pantanf
Tq perkongsiannya
Sama2
Best ba berpantang dengan Vivix
Ngeri bila fikir balik sakit tu huhu
Ngeri pula walaupun tiada pengalaman tapi ada pengalaman jahitan lepas bersalin
Berguna betul perkongsian kak
Sia anak pertama juga sgt mengerikan disebabkan selalu guna pencuci miss v tlah jadi nipis..koyak dia xcantik kena tmbshblg episiotomi.. Lambat tau pula kebaikan vivix..its ok nx anak pasti amalkan vivix smasa pantanf
Sy masa pantang ambil vivix, rasa energetic dan luka cepat sembuu.
sy pn amal vivix slpas bsalin
Adui ngeri bila ingt saat bersalin..syukur ada set berpantang shaklee terutama vivix cpt.pulihkan luka bersalin