Uncategorized

7 Tips mengatasi masalah kencing kotor

0

Tips merawat kencing kotor

Ada yang pernah mengalami jangkitan U.T.I atau kencing kotor? Siapa yang pernah kena tu tentu tahu lah macam mana sakitnya kena U.T.I tu kan. Jadi entri pada kali ini adalah mengenai tips merawat kencing kotor secara semulajadi.

Simptoms-UTI

Simptoms UTI

Apa Itu Kencing Kotor?

Kencing kotor merupakan jangkitan di saluran kencing yang disebabkan oleh jangkitan dari mikroorganisma (kuman) pada bahagian tertentu saluran kencing samada pada ginjal, ureter, pundi kencing dan urethra. Jangkitan biasa yang berlaku pada pundi kencing dikenali sebagai Cystitis.

Kebiasaanya kencing kotor dialami lebih kerap oleh kaum wanita berbanding lelaki. Ini kerana urethra wanita adalah lebih pendek berbanding lelaki.

Jangkitan saluran kencing berlaku apabila bakteria memasuki saluran kencing. Kebanyakan bakteria yang memasuki saluran kencing akan dibuang ketika membuang air kecil. Namun, jangkitan akan berlaku sekiranya bakteria tersebut kekal di dalam saluran kencing.

Sistem-pundi-kencing-lelaki

Sistem pundi kencing lelaki

Saluran-kencin- lelaki-dan-wanita

Saluran kencing lelaki dan wanita

Apa Yang Menyebabkan Berlakunya Jangkitan Saluran Kencing?

Bakteria merupakan penyebab utama jangkitan saluran kencing. Kerap kali kes jangkitan saluran kencing disebabkan oleh bakteria seperti E.coli (80%-85%) dan S.saprophyticus (5%-10%).

Di antara simptom jangkitan saluran kencing adalah :

  • rasa sakit atau pedih ketika membuang air kecil
  • kerap kali membuang air kecil
  • tidak dapat menahan atau rasa terdesak untuk membuang air kecil
  • berasa tidak selesa atau tegang di bahagian bawah abdomen
  • air kencing berbau atau berbuih
  • air kencing bertukar warna kepada keruh atau kemerah-merahan

Berikut adalah 7 tips mengatasi masalah kencing kotor yang boleh diamalkan:

  1.  Minum air secukupnya: Pastikan anda minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ini akan membantu anda membuang air kecil dengan lebih kerap supaya kuman dapat dikeluarkan.
  2. Mencuci kemaluan dengan betul iaitu dari bahagian depan ke belakang dan bukan sebaliknya. Ini bagi mengelakkan kuman dari dubur merebak ke bahagian kemaluan dan menyebabkan jangkitan.
  3. Jangan tahan kencing: Segeralah ke tandas jika anda rasa ingin membuang air kecil. Kebiasaan menahan kencing adalah antara punca berlakunya masalah kencing kotor.
  4. Buang air kecil selepas bersama suami. Setiap kali bersama suami-isteri, pastikan anda membuang air kecil dan membasuh kemaluan bagi mengelakkan kuman masuk ke dalam saluran air kencing.
  5. Pakai seluar dalam dari kain cotton & longgar. Seluar dalam dari kain cotton yang longgar adalah pilihan yang terbaik untuk mengelakkan jangkitan kuman.
  6. Amalkan minum air barli: Air barli membantu mengatasi masalah kencing kotor dan amalkan meminumnya setiap hari.
  7. Mengambil suplemen bagi mengatasi masalah kencing kotor.
Merawat-kencing-kotor-dengan-suplemen-shaklee

Merawat kencing kotor dengan suplemen shaklee

  • Vitamin C: meningkatkan tahap keasidan air kencing, seterusnya akan mengurangkan jumlah bakteria berbahaya yang mungkin terdapat dalam sistem saluran kencing.
  • Alfalfa: Kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian untuk mencuci saluran kencing yang terkena jangkitan kuman. Ianya bersifat alkali untuk menghilangkan keasidan dalam badan. Boleh menghilangkan toksin dari badan.
  • Garlic: Garlic merupakan antibiotik semulajadi dan selamat digunakan untuk jangka masa panjang sebagai membantu meningkatkan sistem imun tubuh. Juga dapat menentang bakteria yang terdapat pada saluran kencing dan memperbaiki kesihatan seperti menghalang pembengkakkan pada pundi kencing.
Set-Kencing-Kotor-Shaklee

Set Kencing Kotor Shaklee

Jika anda berminat untuk mencuba Set Kencing Kotor Shaklee bolehlah menghubungi saya sekarang di talian http://fatinhamzah.wasap.my

Saya sedia membantu anda. Konsultasi pengambilan suplemen dengan betul akan diberikan secara percuma untuk customer saya.

 

I am your trusted shaklee agent

Fatin Hamzah 0175438337

ID 1094300

Pengedar Shaklee Meru Klang

 

 

Dictum elit lacinia ultricies

Previous article

10 Kebaikan Vivix Shaklee

Next article

You may also like

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *