Thursday, December 3, 2020
HomeMotivasi15 NASIHAT UNTUK YANG DAH BERUMUR 50 TAHUN

15 NASIHAT UNTUK YANG DAH BERUMUR 50 TAHUN

15 NASIHAT UNTUK YANG DAH BERUMUR 50 TAHUN

 

BERAPA UMURMU?  –  SUDAH 50 TAHUN?

“Allah tidak lagi memberi alasan bagi siapa yang telah dipanjangkan umurnya hingga 50 tahun”
(Hadith Riwayat Bukhari)

Bila-hati-sudah-keras
Bila hati sudah keras

Al-Khattabi berkata : “Maknanya, orang yang Allah panjangkan umurnya hingga 50 tahun, tidak diterima lagi keuzuran/alasan. kerana usia 50 tahun merupakan usia yang dekat dengan kematian…

Maka inilah kesempatan untuk memperbanyak taubat, beribadah dengan khusyuk, dan bersiap2 bertemu Allah.”
(Tafsir al-Qurthubi)

Fudhail bin Iyadh berkata kepada seseorang yang telah mencapai umur 50 tahun,

*Nasihat Fudhail kepadanya : *”Bererti sudah 50 tahun kamu berjalan menuju Tuhanmu, sekarang hampir sampai… Lakukan yang terbaik pada sisa usia senja-mu, lalu akan diampuni dosa2mu yang lalu. Tapi jika engkau masih berbuat dosa di usia senjamu, kamu pasti dihukum akibat dosa masa lalu dan masa kini sekaligus..!”

Taubat-hambaNya
Taubatlah dengan sebenar-benarnya kerana ia adalah satu kewajipan selagi kita ini hambaNya.

 

Maka para alim ulama memberikan nasihat tentang cara menjalani umur yang sudah mencapai umur 50 tahun:

1. Jangan berlebihan berhias, bersolek, dan berpakaian.

2. Jangan berlebihan makan, minum, dan berbelanja barang yang kurang diperlukan untuk mendukung amal salih.

BACA JUGA  IMPIAN DAN KENYATAAN

3. Jangan berkawan dengan orang yang tidak menambah iman, ilmu, dan amal.

4. Jangan gelisah, berkeluh kesah dan kesal dengan kehidupan sehari-hari. Selalu penuhi diri dengan rasa sabar dan bersyukur.

BACA JUGA  Salam Jumaat

5. Perbanyak doa mengharap keredha-an Allah agar Husnul Khatimah dan dijauhkan dari Su’ul Khatimah.

6. Tambahkan ilmu agama, perbanyak mengingat kematian, dan bersiap menghadapinya.

Banyakkan-beribadat
Banyakkan beribadat

7. Siapkan wasiat dan lakukan pembahagian harta.

8. Kerapkan menjalin silaturrahim dan merapatkan hubungan yang renggang sebelumnya.

Memutuskan-silaturrahim
Memutuskan silaturrahim

9. Minta maaf dan berbuat baik terhadap pihak yang pernah dizalimi.

10. Tingkatkan amal soleh terutama amal jariah yang dapat terus memberi pahala dan syafa’at setelah kita mati.

11. Maafkan kesalahan orang kepada kita walau seberat apapun kesalahan itu.

12. Bereskan segala hutang yang ada dan jangan buat hutang baru walaupun untuk menolong orang lain.

13. Berhentilah dari semua maksiat !

*mata, berhentilah memandang yang tidak halal bagimu*

*tangan, berhentilah dari meraih yang bukan hak mu*

*mulut, berhentilah makan yang tidak baik dan yang tidak halal bagimu, berhentilah dari ghibah, fitnah, dan berhentilah menyakiti hati orang lain*

*telinga, berhentilah mendengar hal2 haram dan tak bermanfaat*

Cubalah-menjadi-yang-terbaik
Cubalah menjadi yang terbaik

14. Berbaik sangka lah kepada Allah atas segala sesuatu yang terjadi dan menimpa

BACA JUGA  MENGETUK DI WAKTU MALAM DAN BACALAH AL-QURAN SENTIASA

15. Penuhi terus hati dan lisan kita dengan istighfar & taubat untuk diri sendiri, orang tua, dan semua orang beriman, di setiap saat, waktu dan keadaan

Semoga bermanfaat bagi kita semua, walaupun Anda belum 50 tahun, kerana…

BACA JUGA  IMPIAN DAN KENYATAAN
Allah-sayang-orang-yang-suka-menolong-orang-lain
Allah sayang orang yang suka menolong orang lain

 

*KEMATIAN TIDAK MENGENAL UMUR.*

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

?Join Telegram Taman Orang Soleh
telegram.me/RiyadusShaliheen

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Kelesuan Adrenal: Punca dan Cara Atasi

Adrenal fatigue?Kelesuan Adrenal? Pernah dengar tak tentang perkataan tu? Mungkin anda juga mengalaminya tapi tak tahu itu adalah masalah kelesuan Adrenal kan.Jom kita ikuti sedikit rumusan...

Vitamin untuk keperluan badan

Assalamualaikum semua. Salam Jumaat penuh barokah. Topik kita hari ini adalah...Mengapa Vitamin penting untuk keperluan badan Sedikit perkongsian ilmu vitamin asas saya share untuk korang...

Formula Menjemput Rezeki

Formula Menjemput Rezeki : (copy & paste) 1. DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha...

Pengalaman bersalin di Hospital Shah Alam 2020

Kahwin di usia yang lewat Che Fatin mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan keluarga di usia 29 tahun. Masa tu masih berkhidmat di Sabah Negeri Di...